HALAMAN SANTAI

Rabu, 22 April 2015

Penahanan ISA 2008 sah, mahkamah arah Teresa Kok bayar RM50,000

 OLEH DIYANA IBRAHIM


Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok bercakap kepada wartawan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Mahkamah menolak tuntutan saman Kok dengan menyatakan polis mempunyai kuasa menahan plaintif di bawah Seksyen 73 (1), Akta ISA. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 April, 2015.Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok bercakap kepada wartawan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Mahkamah menolak tuntutan saman Kok dengan menyatakan polis mempunyai kuasa menahan plaintif di bawah Seksyen 73 (1), Akta ISA. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli,




Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan hari ini tindakan polis menahan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008 adalah sah dari segi undang-undang.

Hakim Datuk Su Geok Yiam memberitahu mahkamah menolak tuntutan saman Kok dengan menyatakan polis mempunyai kuasa menahan plaintif di bawah Seksyen 73 (1), Akta ISA.


Selain itu, mahkamah juga memutuskan Kok perlu membayar kos sebanyak RM50,000 kepada kerajaan. Pada 12 September 2008, Kok memfailkan saman terhadap Tan Sri Syed Hamid Albar di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kok turut menamakan bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan, pegawai polis DSP E Kim Tien dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua, ketiga dan keempat.

Kok ditahan mengikut ISA selepas aduan dibuat mendakwa beliau kononnya menegur masjid untuk memperlahankan azan.

Tiada ulasan: