HALAMAN SANTAI

Rabu, 22 April 2015

Hadi hormat akar umbi boikot PKR di Permatang Pauh

OLEH KC NAZARI


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika bercakap dalam forum ‘Hudud dari Kaca Mata Hadi’ di Kompleks Karangkraf, Shah Alam, Selangor, hari ini. Beliau menghormati keputusan akar umbi PAS jika ingin memboikot kempen PKR di Permatang Pauh. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 April, 2015.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika bercakap dalam forum ‘Hudud dari Kaca Mata Hadi’ di Kompleks Karangkraf, Shah Alam, Selangor, hari ini. Beliau menghormati keputusan akar umbi PAS jika ingin memboikot kempen PKR di Permatang Pauh. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal.



 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghormati keputusan akar umbi PAS yang dilaporkan akan memboikot kempen PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh atas alasan parti itu menolak hudud.

Bagaimana pun katanya, beliau yakin pendirian itu tidak menjejaskan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Kita masih dalam PR. Kita menghormati akar umbi Permatang Pauh.

"Saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh," kata Hadi pada satu program Bicara Minda & Sesi Dialog di Shah Alam hari ini yang bertajuk 'Hudud dari Kaca Mata Hadi'. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan tentang sikapnya terhadap PAS Permatang Pauh yang mahu memboikot kempen PKR di sana.

Sebelum ini, PAS Permatang Pauh juga memberi amaran boikot itu akan memberi kesan kerana sebahagian besar pengundi di Permatang Pauh adalah ahli PAS.

Tiada ulasan: