HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 April 2015

Najib hantar mesej kepada Tun M

 
Perdana Menteri berkata beliau menerima sokongan padu dari banyak pihak seperti badan antarabangsa, individu dan institusi yang memberikan kepercayaan kepada negara.


mahathir_najib_new_600



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat cuba menghantar mesej jelas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa beliau tidak berseorangan dalam melawan kritikan daripada bekas Perdana Menteri itu.

Perdana Menteri berkata, beliau menerima sokongan padu dari banyak pihak seperti badan antarabangsa, individu dan institusi yang memberikan kepercayaan kepada negara.

“Bahkan, telah memberikan pengiktirafan yang sangat tinggi kepada negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan Invest Malaysia di Hotel Mandarin Oriental pada Khamis.

Turut hadir pada program itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin dikatakan mendapat sokongan Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Najib berundur.

Dr Mahathir di blognya sebelum ini menulis “Saya sedar saya keseorangan’ apabila kritikan dan serangan terhadap Najib mendapat kutukan daripada pemimpin UMNO.

Susulan tulisannya itu, dua artis tersohor tempatan, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan Rozita Che Wan atau Che Ta menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri.

Tiada ulasan: