BN menamakan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh Suhaimi Sabudin sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.
Suhaimi, 43, pengarah urusan di sebuah syarikat pembinaan, adalah anak tempatan yang berasal dari Guar Jering, di sini dan merupakan bekas Naib Ketua Pemuda Umno bahagian itu.
Bapa empat anak itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu dan Sekolah Menengah Penanti, Permatang Pauh sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.
Suhaimi memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) daripada USM.-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan