HALAMAN SANTAI

Jumaat, 24 April 2015

Tengku Adnan: Tiada konflik antara PM, TPM

MALAYSIAKINI


 


Setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mendakwa pemerhati membuat tafsiran melulu dalam isu di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sedangkan konflik seperti itu tidak timbul sama sekali, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Semuanya OK, tiada apa masalah di antara presiden dan timbalan presiden saya,” katanya.

Najib dan Muhyiddin masing-masing merupakan presiden dan naib presiden Umno.

Tafsiran itu timbul ekoran kenyataan oleh kedua-duanya yang dilihat menjawab secara halus kritikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Najib.

Mahathir pada awal minggu lalu mengeluh kerana berasa “keseorangan” dalam usahanya untuk menuntut Najib meletak jawatan.

Keluhan itu disambut oleh Muhyiddin, Ahad lalu, dengan berkata, Mahathir “tidak keseorangan” dalam menyatakan kebenaran.

Seterusnya, Najib semalam mengambil peluang dalam satu persidangan pelaburan semalam untuk mencanangkan bahawa beliau juga tidak keseorangan.

Ia dianggap menjawab keluhan Mahathir kerana Najib berkata, beliau merujuk kepada kenyataan “sesetengah pihak” yang mengaku mungkin keseorangan dalam menyatakan kebenaran.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Tengku Adnan berkata, isu tersebut ditafsir secara melulu kerana kenyataan Muhyiddin itu bukan satu sindiran pada Najib.

"Perkara itu diperbesar-besarkan kerana beliau (Muhyiddin) bercakap mengenai peperangan.

"Anda tahu orang menulis tweet bahawa (ia bermaksud) beliau (Mahathir) tidak keseorangan (dalam menentang Najib), inilah orang yang suka putar-belit,” katanya.

Muhyiddin menyebut mengenai perkara itu ketika menyampaikan satu ucapan di satu forum antipeperangan yang dihadiri Mahathir.

"Bercakap benar dan mempertahankan kenyataan... ini adalah sikap anda sejak anda menjadi doktor muda ketika menganggotai Umno.

"Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran,” kata Muhyiddin dalam kenyataan yang menarik perhatian luas itu.


Tiada ulasan: