HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 April 2015

'Tangguh sidang Dun tindakan pengecut'


'Tangguh sidang Dun tindakan pengecut' Jahara (tiga kiri) bersama Chang Yeow (dua, kiri) dan Zainal Abidin (dua,kanan) pada sidang media, hari ini. - Foto Sinar Harian
 
 
 
PERMATANG PAUH - Kerajaan Negeri Pulau Pinang didakwa cuba 'melarikan diri' dari menjawab pelbagai isu yang akan dibangkitkan BN pada sidang Dun minggu depan dengan menangguhkannya selama dua minggu.

Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata, keputusan menangguhkan sidang Dun selepas majlis pada 30 April ini adalah tindakan pengecut.

Beliau berkata, penangguhan sidang Dun sehingga 11 Mei jelas bertentangan dengan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang dilaungkan selama ini selain memperlihatkan keutamaan mereka yang mendahului agenda politik dari kepentingan rakyat.

"Pada sidang Dun kali ini, kami akan membangkitkan pelbagai isu hangat mengenai kepincangan kerajaan negeri terutama mengenai isu penjualan tanah.

"Tndakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menangguhkan sidang Dun memperlihatkan seolah-olah mereka tidak mahu semua isu ini dibahaskan sepanjang tempoh kempen PRK Permatang Pauh," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Jahara yang juga Adun Teluk Ayer Tawar berkata, tindakan itu juga menunjukkan PR takut berhadapan dengan BN pada PRK Permatang Pauh kerana situasi tidak sama ketika PRK Bukit Gelugor tahun lalu.

"Ketika kempen PRK Bukit Gelugor, kerajaan negeri tidak pula menangguhkan sidang Dun tetapi pada PRK Permatang Pauh kali ini mereka menangguhkannya tanpa alasan yang kukuh.

"Mungkin pada PRK Bukit Gelugor BN tidak bertanding dan kali ini mereka takut sampai terpaksa menangguhkan Dun kerana tidak mahu kepincangan kerajaan negeri diketahui rakyat," katanya.

Sementara itu, Chang Yeow berkata, kenyataan Guan Eng semalam yang menyebut penangguhan Dun adalah isu kecil sangat tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, dewan hanya bersidang dua kali setahun dan permulaan dewan adalah penting bagi kerjaaan negeri menggariskan dasar dan program kepada rakyat.

Tiada ulasan: