HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 April 2015

Dilema pengundi Permatang Pauh

Krisis yang berlaku dalaman BN dan juga PR menyukarkan pengundi di Permatang Pauh untuk membuat pilihan.


spr-malaysia


PERMATANG PAUH: Pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh mengakui sukar untuk membuat pilihan bagi mewakili suara mereka di Dewan Rakyat.

Mereka akui, kemelut dalaman yang melanda UMNO dan Barisan Nasional serta Pakatan Rakyat (PR) membuatkan mereka terpingga-pingga.

Ketika ditanya situasi yang berlaku, Jaffar 59 berkongsi pandangannya dengan FMT.

“Rakyat sudah muak dengan apa yang berlaku melibatkan pihak kerajaan mahupun pakatan rakyat.

“Pemimpin yang ada sekrang gagal menjaga kebajikan mereka dengan baik malah menambahkan lagi tekanan kepada rakyat.

“Malah kedudukan mereka dalam parti juga terumbang ambing menyebab rakyat tidak yakin untuk terus bersama mereka,” katanya.

Sementara itu, menurut seorang lagi mengundi Mohd Farizan Hashim 45, berkata tidak mustahil rakyat di Parmatang Pauh membuat kejutan dengan memilih calon Bebas sebagai tanda bantahan mereka terhadap BN dan PR.

“Tidak mustahil rakyat akan menyokong calon Bebas, sebagai tanda bantah mereka kepada BN dan PR,” katanya.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang akan diadakan 7 Mei ini, ia menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon BN,PR dan dua calon bebas.

Tiada ulasan: