MALAYSIAKINI
Seorang lagi tokoh tampil mendesak perdana menteri supaya jangan terus
berdiam diri terhadap kritikan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kata Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak perlu memberi reaksi kepada kritikan dibuat Dr Mahathir.
"Najib perlu melakukan sesuatu. Sesiapa yang menjadi perdana menteri
bertanggungjawab (untuk memaklumkan) kepada rakyat," katanya di sidang
media selepas menghadiri forum anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia
hari ini.
"Beliau tak boleh mendiamkan diri, kan?" katanya.
Abdullah berkata, menjadi perkara biasa bagi seseorang pemimpin menyuarakan pandangannya kepada rakyat.
Katanya, Najib perlu melakuka sesuatu bagi menangani serangan Dr
Mahathir kerana jika tidak, ia akan memberi kesan buruk kepada Umno dan
masyarakat.
Ditanya sama ada Najib perlu meletak jawatan sebagai perdana menteri
atau sebaliknya, Abdullah berkata: "Dia mesti membuat keputusan itu."
Sementara itu ditanya apa yang perlu dilakukan pihak lain yag terbabit
dalam persengekataan Najib - Dr Mahathir, Abdullah berkata: "Cuma buat
kerja masing-masing, sudah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan