MALAYSIAKINI
Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin berkata PKR memberikan masa kepada
PAS untuk menyelesaikan masalah dalaman parti itu sebelum pilihan raya
kecil Permatang Pauh pada 7 Mei depan.
"Dia
(PAS) masih dalam Pakatan. Kita bagi masa kepada mereka untuk
selesaikan isu dalaman mereka," katanya pada sidang media di ibu pejabat
PKR hari ini.
Beliau menjawab soalan pemberita berhubung Presiden PAS Datuk Seri Abdul
Hadi Awang yang dilihat keberatan menyatakan sokongan secara terbuka
kepada PKR di Permatang Pauh.
Ditanya sama ada kemenangan PKR di Permatang Pauh akan terjejas
sekiranya tiada bantuan dari PAS, Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata
isu tersebut tidak berbangkit.
"Saya rasa isu ini tidak timbul sebab saya rasa mereka (PAS) tahu bahawa
perjuangan mereka dengan Pakatan. Jadi isu ini tidak berbangkit,"
katanya lagi.
Semalam, dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, Hadi mengelak
menjawab soalan hadirin berhubung siapa yang perlu diundi pada pilihan
raya kecil Permatang Pauh.
Malah, Hadi juga tidak menyatakan pendiriannya dengan jelas ketika
ditanya pemberita berhubung "fatwa" ulama akar umbi kawasan itu yang
mengatakan "haram undi calon tolak hudud".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan