Khalid Abu Bakar Khalid Abu Bakar
 
 
 
SHAH ALAM – Polis menafikan pernah mengeluarkan kenyataan media berkaitan arahan perobohan rumah ibadat di Batu Caves yang tersebar.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitter menegaskan pihaknya akan menyiasat pemalsuan dan penyebaran kenyataan tersebut.
 
“Polis menafikan pernah mengeluarkan kenyataan di bawah. Pemalsuan dan penyebaran berita ini akan disiasat,” tulisnya.
 
Beliau berkongsi kenyataan media palsu bertajuk ‘Notis Perobohan Kuil Batu Cave’ tersebut yang menggunakan logo PDRM dan menggunakan nama Ketua Polis Negara.
 
“Sehubungan ini, pihak berkuasa telah melulus serta mengarahkan kerja-kerja perobohan kuil Batu Cave yang menjadi tempat ibadat agama Hindu. Untuk makluman kerajaan telah mengambil alih tapak tersebut bagi tujuan pembinaan bandar raya.
 
“Dengan ini secara rasminya pihak berwajib perlu mengosongkan kuil berkenaan orang awam juga diminta tidak berkunjung bermula 2 Mei 2015 bagi memudahkan kerja perobohan. Harap maklum,” tulis kenyataan palsu tersebut.