UMNO Batu Pahat didakwa tidak membayar cukai
tahunan berjumlah RM21,420, tunggakan cukai sejak 2006 RM192,780,
tunggakan denda RM38,556 yang kesemuanya berjumlah RM252,756
PETALING JAYA: UMNO Bahagian Batu Pahat didakwa tidak menjelaskan cukai tanah termasuk tunggakan sejak sembilan tahun berjumlah lebih RM250,000.
Beberapa blog pro pembangkang melaporkan dakwaan itu termasuk omakkau.blogspot, penburukonline.blogspot dan malaysiansmustknowthetruh.blogspot.
Blog-blog itu mendakwa UMNO Bahagian Batu Pahat tidak membayar cukai tanah tahunan, denda dan tunggakan sejak 2006.
UMNO Bahagian Batu Pahat diketuai bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.
Mereka mendakwa UMNO Bahagian Batu Pahat gagal membayar cukai tahunan berjumlah RM21,420, tunggakan cukai sejak 2006 sebanyak RM192,780, tunggakan denda sebanyak RM38,556.
Jumlah keseluruhan cukai, denda tunggakkan yang gagal dibayar UMNO bahagian itu berjumlah RM252,756.
Puad dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) selepas gagal mempertahankan kerusi Parlimen Batu Pahat pada Pilihan Raya Umum (PRU-13).
“Mohon pihak UMNO Batu Pahat dan pihak berwajib terlibat memberikan respon segera demi pencerahan dan kebenaran.
“Rakyat berhak tahu terutamanya ahli-ahli dan penyokong UMNO sendiri terutamanya ahli UMNO Batu Pahat sebab ini melibatkan imej dan integriti serta maruah UMNO,” tulis pengendali blog omakkau. Hanisya Abd Hamid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan