HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 September 2015

Demokrasi benarkan undi tidak percaya terhadap PM, kata Dr Mahathir kepada speaker

THE MALAYSIAN INSIDER



Undi tidak percaya kepada perdana menteri adalah sesuatu yang demokratik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015.Undi tidak percaya kepada perdana menteri adalah sesuatu yang demokratik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Undi tidak percaya terhadap perdana menteri sesuatu yang "sememangnya demokratik", kata Tun Dr Mahathir Mohamad, mengulas kenyataan Speaker Dewan Rakyat baru-baru ini berhubung Aturan Mesyuarat Parlimen tidak membenarkan langkah sedemikian diambil.
 
Menulis di blognya malam tadi, bekas perdana menteri itu berkata, walaupun Parlimen mungkin tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk undi tidak percaya terhadap perdana menteri, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan seorang perdana menteri perlu meletakkan jawatan jika tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

"Jadi, adakah speaker cuba untuk mengetepikan Perlembagaan?" soal Dr Mahathir, merujuk kepada laporan berita awal bulan ini Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau tidak akan membenarkan usul undi tidak percaya yang akan dibentangkan terhadap perdana menteri.

Dewan Rakyat bakal bersidang semula bulan depan dan ahli Parlimen pembangkang selama ini giat mendesak penggubal undang-undang di pihak kerajaan Barisan Nasional untuk menyokong mereka dalam undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak yang ketika ini diselubungi banyak masalah, termasuk skandal kewangan yang didakwa membabitkan dirinya. 
 
Pandikar dilaporkan sebagai berkata, Aturan Mesyuarat Parlimen tidak menjelaskan bagaimana usul itu boleh dibentangkan dan beliau mempunyai budi bicara penuh sama ada untuk menolak atau menerima usul itu jika ia dibangkitkan.

Beliau berkata, undi seperti itu tidak pernah dibuat sebelum ini di Parlimen Malaysia.

Dr Mahathir dalam blognya bersetuju, mengatakan ia tidak pernah dilakukan kerana tiada seorang pun daripada perdana menteri sebelum ini "mempunyai RM2.6 bilion dalam akaun peribadi mereka, atau terlibat dalam skandal kewangan dan dakwaan pembunuhan sesiapa".

Beliau merujuk kepada sumbangan politik daripada seorang penderma Timur Tengah yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib, firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menanggung hutang sebanyak RM42 bilion dan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang Najib nafi pernah mengenalinya.

"Tetapi Najib terlibat dalam semua ini," kata negarawan bersara itu.

Dr Mahathir berkata, Malaysia kini dalam perhatian antarabangsa, di mana media asing dan warga luar bertanya apa yang sedang berlaku kepada negara ini.

"Kita rasa malu tetapi kita tak mampu berbuat apa-apa mengenainya.

"Orang yang mampu berbuat sesuatu langsung tidak ada rasa malu. Mereka secara terbuka mengaku menerima wang berjuta-juta daripada perdana menteri. Ini rasuah yang paling teruk.

"Mereka menyokong perdana menteri kerana beliau memberi mereka wang, wang yang beliau tidak dapat jelaskan dengan sebarang kredibiliti yang ia diperoleh secara sah,” katanya.

Perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, tidak hairanlah Malaysia kini "disenaraikan sebagai antara negara paling korup di dunia", malah "penyokong kerajaan juga tidak menghormati Perlembagaan".

"Tidak ada undi tidak percaya ialah kerana speaker tidak akan membenarkannya," katanya.


Duta China jelaskan kenyataan dituju pada warga China, tak bersifat politik

THE MALAYSIAN INSIDER



Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang ingin melihat keharmonian kaum di negara ini kekal bagi meredakan kerisauan pelancong China berhubung laporan aktiviti keganasan di Jalan Alor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015.Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang ingin melihat keharmonian kaum di negara ini kekal bagi meredakan kerisauan pelancong China berhubung laporan aktiviti keganasan di Jalan Alor. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
Duta Besar China ke Malaysia Dr Huang Huikang berkata, kenyataan beliau sewaktu melawat Jalan Petaling pada Jumaat lalu diperbesar-besarkan walaupun ia langsung tidak bersifat mencampuri politik Malaysia, lapor The Star hari ini. 
 
Dalam satu wawancara dengan wartawan akhbar berbahasa Cina, Huang menjelaskan lawatan beliau ke kawasan yang juga dikenali sebagai Chinatown Kuala Lumpur itu dibuat bagi mengedarkan kuih bulan dan serentak dengan lawatan Presiden China Xi Jinping ke Seattle pada hari yang sama.

"Lawatan saya tiada kena mengena dengan kaum atau warna (kulit). Kenyataan itu tidak rumit dan tidak juga bersifat politik," beliau dipetik berkata akhbar itu.

Beliau berkata, beliau berhasrat melihat keharmonian kaum di negara ini kekal bagi meredakan kerisauan pelancong China yang berada di negara ini berkaitan amaran perjalanan di Jalan Alor yang dibuat Kedutaan Amerika Syarikat. 
 
 "Kenyataan itu ditujukan kepada warga China yang menyangka Malaysia anti China. Pujian dan penilaian saya lebih membawa makna dan diyakini berbanding sebarang kenyataan positif daripada seorang warga Malaysia.

"Selepas kenyataan saya ini, saya yakin mereka yang berfikiran logik tidak akan meragui keikhlasan dan niat baik saya," katanya.

Menurut Huang, beliau pada masa itu beliau ditanya wartawan satu soalan bersifat hipotesis tentang reaksi kerajaan China jika berlaku rusuhan anti negara China di Malaysia.

Beliau kemudian memberitahu wartawan itu yang beliau hanya boleh memberikan jawapan diplomatik tanpa merujuk Malaysia secara langsung.

Menurutnya, beliau pada masa itu menegaskan yang China akan sentiasa menjaga kepentingan warganya di mana-mana negara sekalipun.


Guan Eng didesak singkir Pas dari kerajaan Pulau Pinang

 
Desakan itu susulan kenyataan Lim Guan Eng bahawa Kerajaan Pulau Pinang sebuah kerajaan Pakatan Harapan yang didokong DAP, PKR dan Amanah.


lim-guan-eng_pas_dap_600


PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang mendesak pemimpin Pas yang mempunyai jawatan dalam kerajaan negeri supaya melepaskan jawatan masing-masing sebelum hujung tahun ini.

Ketuanya, Asrol Sani Razak berkata, desakan itu dibuat susulan keputusan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai sebuah kerajaan Pakatan Harapan dokongan DAP, PKR dan Amanah.

“Saya mahu mereka (pemimpin Pas) melepaskan jawatan mereka, termasuk Salleh Man yang merupakan pemimpin Pas. Mereka diberi tempoh sehingga hujung tahun ini,” katanya dalam sidang media di Pejabat PKR di Seberang Jaya pada Selasa.

Asrol turut menggesa supaya jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang kini disandang oleh pemimpin Pas digantikan dengan pemimpin dari PKR yang kini sedang memegang jawatan sebagai timbalan.

Dia turun mencadangkan supaya segala kekosongan jawatan yang akan ditingalkan Pas, perlu diisi oleh wakil PKR memandangkan ia merupakan parti kedua terbesar dalam Pakatan Harapan Pulau Pinang.

“Harus ditegaskan bahawa PKR juga merupakan parti kedua terbesar Pakatan Harapan Pulau Pinang dengan 10 orang Adun,” katanya

Kenyataan tersebut turut disokong, Ketua Wanita Keadilan Pulau Pinang, Nur Zarina Zakaria, bahawa wakil Pas harus digugurkan dari jawatan kerajaan negeri ekoran parti Islam itu tidak lagi bersama gabungan parti pembangkang.

Sehubungan itu, AMK dan Wanita PKR Pulau Pinang akan membawa isu tersebut kepada pihak atasan parti itu bagi membincangkan perkara tersebut dengan lebih lanjut.

'Najib selamat di luar, undang-undang a'bangsa tak sentuhnya'

MALAYSIAKINI


 


Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin akan dikenakan sebarang tindakan ketika berada di luar negara.

Menurut bekas perdana menteri itu, ini kerana operasi pencegahan pengubahan wang hanya bertindak terhadap "orang kecil" sahaja.

"Jika saya melakukan pengubahan wang haram, saya mungkin ditangkap. Tetapi jika anda memegang kedudukan yang tinggi, anda dikecualikan.

"Saya tak fikir masyarakat antarabangsa akan melakukan sesuatu... Jika kita mendapati terdapat wang yang boleh dipersoalkan, kita bekukan akaun tetapi mereka tidak melakukan apa-apa," katanya kepada wartawan hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai siasatan di luar negara mengenai skandal kewangan 1MDB serta individu yang dilaporkan rapat dengan Najib.

Najib kini berada di New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Parkir akan dikurang atasi kesesakan di KL

MALAYSIAKINI


 


Bilangan ruang meletak kenderaan di bandar raya ini akan dikurangkan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata idea itu adalah untuk mengurangkan kenderaan persendirian di jalan raya dan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

"Kami sedang mengkaji rancangan ini (untuk mengurangkan ruang meletak kenderaan) secara menyeluruh dari segi kesannya dan akan melaksanakannya selepas selesai pembinaan Jajaran 1 projek Mass Rapid Transit (MRT) pada 2017," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Ketujuh mengenai Bandar Raya Mapan Bertaraf Dunia 2015 (WCSC 2015) di ibunegara semalam.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin dan Pengerusi WCSC 2015 Datuk N.K. Tong.

Katanya rancangan itu termasuk mengenakan kadar caj tempat letak kenderaan yang lebih tinggi dan kos pembangunan yang lebih tinggi untuk tempat meletak kereta.

Loga berkata projek seperti MRT dan Light Rail Transit (LRT) membolehkan orang ramai bergerak tanpa perlu menempuh kesesakan lalu lintas.

Persidangan WCSC 2015 anjuran bersama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL REHDA), Institut Perancang Malaysia (MIP) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan mendapat sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Persidangan itu bermatlamat meningkatkan kesedaran warga kota dan lain-lain pihak berkepentingan membolehkan bandar raya berfungsi.- Bernama


Duta: Jangan jadikan lawatan saya isu antikerajaan M'sia

MALAYSIAKINI


 


Duta Besar China ke Malaysia Huang Huikang mengingatkan bahawa lawatannya ke Jalan Petaling Jumaat lalu tidak harus dijadikan sebagai satu isu anti kerajaan Malaysia.

Huang mengulangi bahawa lawatannya itu adalah untuk menunjukkan muhibah kepada masyarakat
setempat, dan juga untuk mengetahui sama ada terdapat seberang kebimbangan keselamatan, sebelum membuat keputusan sama ada akan mengeluarkan nasihat perjalanan kepada pelancong dari China.

Dalam temu bual dengan akhbar tempatan, beliau melahirkan rasa kesal bahawa lawatan muhibah beliau itu telah disalah faham dan digunakan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda, lapor Sin Chew Daily hari ini.

"Saya sokong penuh dan menghormati kerajaan Malaysia. Tidakkah mesej itu cukup jelas?

"Apabila anda bercakap tentang konteks isu ini, tidak ada mana-mana orang yang berfikiran jelas, akan berkata duta China itu campur tangan dalam hal ehwal dalam negeri."

Bagaimanapun, beliau tidak menyesal melawat Jalan Petaling.

"Kenyataan yang saya buat semasa lawatan ke Jalan Petaling. Adakah saya sebut Malaysia? Adakah saya sebut Cina Malaysia? Adakah saya sebut Jalan Petaling?

"Ini adalah ucapan yang sangat biasa. Ia adalah pendirian kerajaan China selama ini. Kami telah mengatakan dan berbuat demikian sejak 66 tahun yang lalu, dan tidak ada orang yang membantah.

"Saya bertanya kepada rakan-rakan di Malaysia sama ada terdapat apa-apa yang salah dengan ucapan itu. Tiada siapa yang beritahu saya bahawa ia adalah salah."

Huang berharap perkara itu tidak berbangkit lagi atau jika tidak ia boleh menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Beliau menjelaskan bahawa lawatan beliau ke Jalan Petaling adalah kerana ia merupakan tempat kegemaran pelancong dari China.

"Saya dengar ia tak selamat. Seseorang ada berkata Jalan Alor mungkin jadi sasaran pengganas. Ramai orang bertanya kepada saya, adalah Kuala Lumpur selamat?"

"Malah Kedutaan Amerika Syarikat mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyatnya. Ia adalah tempat tumpuan pelancong. Oleh itu saya perlu menilai sendiri sama ada untuk mengeluarkan satu nasihat."

Walaupun beliau tidak menerima sebarang surat panggilan dari Wisma Putra, Huang menyifatkan pertemuannya dengan pemangku Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin sebagai "satu kunjungan kerja".

Selepas menjelaskan tentang lawatannya ke Jalan Petaling dengan Wisma Putra, Huang berkata, kerajaan Malaysia mahu 'memanggil' beliau untuk mengetahui sama ada kenyataan beliau telah diputarbelit atau tidak.

Beliau berkata, "dipanggil" bukan satu isu, tetapi ia mungkin menimbulkan satu masalah besar apabila panggilan kepada seorang duta dibuat melalui media.

Huang berkata pertemuannya dengan Hamzah, tidak jatuh ke dalam kategori 'dipanggil'. Mkini English


Syed: Singkir Muhyiddin tak diterima akar umbi

Zulaikha Zulkifli


 


Pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri tidak dapat diterima oleh akar umbi Umno kerana ia dilihat sebagai satu tindakan yang kurang bijak, kata seorang ketua cawangan Umno.

Ketua Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka Syed Saifuddin Syed Harman juga berkata, tindakan itu turut dilihat sebagai perkara yang akan memecahbelahkan ahli Umno itu sendiri.

Bagaimanapun, katanya, isu mengenai penyingkiran ahli parlimen Pagoh itu tidak boleh dipertikaikan memandangkan ia merupakan kuasa mutlak yang dimiliki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Di akar umbi, kami tak boleh terima hakikat sedemikian. Tetapi itu kuasa perdana menteri. Itu adalah kuasa mutlak presiden parti dan perdana menteri, jadi kita tak boleh nak pertikaikan perkara itu sebab itu kuasa politik dia sebagai perdana menteri.

"Tetapi kami di peringkat bawah rasa, itu bukan satu tindakan yang bijak kerana ia akan memecahbelahkan Umno itu sendiri. Saya sebagai ahli parti, bekas ketua penerangan bahagian, dan ketua cawangan, saya tak nampak itu langkah bijak dengan pemecatan Muhyiddin.

"Itu bukan langkah yang betul untuk membetulkan keadaan," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Ketika ditanya sama ada pendirian akar umbi selari dengan Umno bahagian, Syed Saifuddin berkata, perkara di peringkat bahagian mereka perlu menyokong segala yang dikehendaki parti.

Katanya, perkara itu merupakan realiti yang ada dalam politik masa kini dan beliau berpendapat ia bukan satu perkara yang sihat dalam parti.

"Di peringkat bahagian terpaksa buat pendirian menyokong apa jua kehendak kepimpinan. Di peringkat bahagian perlu begitu.

"Suka atau tidak, kena (sokong). Itu sebab kita nampak, kalau ada 192 bahagian di Malaysia, mungkin 90 peratus kena buat keputusan untuk akur. Mungkin ada betul-betul yang setuju, mungkin ada yang paksaan. Itulah realiti politik. Jadi ini bukan satu perkara yang baik.

"Kalau kita bersetuju dalam sesuatu perkara yang kita rasa boleh memudaratkan parti atas dasar kepentingan peribadi, itu bukan cara yang bagus. Contohnya seperti apa yang berlaku sekarang ini," katanya.

Selain itu,ditanya lagi siapakah individu yang dirasakan layak untuk menggantikan kepimpinan sekarang, bekas ketua penerangan Umno bahagian Pandan itu berkata, perkara itu bukan perkara utama buat masa ini.

Jelasnya, apa yang parti perlukan ialah pemimpin yang sayangkan parti demi masa depan dan bukan untuk kepentingan peribadi.

Malah, beliau juga memberi saranan kepada semua pemimpin di peringkat akar umbi supaya berani untuk "membaiki" parti.

"Bukan kita ubah kerana tak sayangkan parti. Tak timbul isu itu. Saya rasa semua orang yang melawan kepimpinan itu, mereka sayangkan parti terutamanya Tun Mahathir. Dia sayangkan parti.

"Sekarang ini ramai tak faham, ikan busuk daripada kepala bukan ekor. Seekor ikan kalau busuk, dia akan busuk di kepala dahulu. Jadi kita kena atasi kepalanya dulu. Kalau tak boleh atasi kepala, tak boleh selesai masalah.

"Jadi saya harap pemimpin akar umbi berani bangun dan betulkan keadaan. Bukan nak rosakkan Umno atau jahanamkan Umno. Kita betulkan keadaan dalam Umno supaya Umno boleh diterima balik oleh masyarakat bukan sahaja pada masa sekarang tetapi pada masa akan datang," katanya lagi.


K'jaan, polis mohon sebulan untuk pendengaran kes Khairuddin

Alyaa Azhar


 


Responden kepada permohonan habeas corpus, yang difailkan bekas pemimpin akar umbi Umno Khairuddin Abu Hassan bagi mencabar penahannya bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), memohon tarikh pendengaran selama sebulan.

Peguam persekutuan Mohamad Hanafiah Zakaria, yang mewakili responden, memohon mahkamah memberikan tempoh sebulan sebelum pendengaran supaya mereka dapat menyediakan “15 afidavit panjang”.

Timbalan polis daerah Dang Wangi Supt Habibi Majinji dan ketuanya, ketua polis negara dan kerajaan Malaysia dinamakan sebagai responden dalam kes itu.

Peguam Khairuddin, Haniff Khatri (gambar), memberitahu pemberita bahawa mereka membantah keras kerana ia akan melebihi tempoh tahanan.

“Jadi tidak masuk akal untuk setuju dengan permohonan itu,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Di bawah Sosma, Khairuddin boleh ditahan tanpa bicara selama 28 hari.

Haniff mengesahkan tempoh tahanannya akan tamat pada 21 Oktober depan.
Justeru, mereka mahu pendengaran itu dibuat minggu depan.

Jamal: Isu duta bukti Cina ada tempat mengadu lain

MALAYSIAKINI

 


Pemimpin akar umbi Umno, Datuk Jamal Md Yunos menyeru orang-orang Melayu mempertahankan setiap inci bumi mereka memandang mereka tiada tempat lain lagi selain Malaysia.

“Kita perlu menjaga dan mempertahankan setiap inci tanah Melayu ini. Tidak ada tempat lain untuk kita selain dari tanah bumi Malaysia yang tercinta ini.

“Jadi, ayuhlah kita bangkit dan bersatu atas nama Melayu dan Islam, untuk menjaga tanah tumpah darah kita ini dari sebarang ancaman dan eksploitasi yang nyata atau tersirat,” katanya.

Menulis di Facebook beliau berkata, Malaysia satu-satunya peninggalan pejuang-pejuang serta generasi terdahulu yang tidak ternilai harganya.

Beliau bagaimanapun berkata keadaan ini berbeza sekali dengan keadaan orang Cina di negara ini yang didakwanya masih tempat mengadu lain daripada tempat asal nenek moyang mereka.

Dakwanya, perkara itu tergambar susulan “keprihatinan” Duta Besar China Ke Malaysia Huang Huikang berkaitan isu kaum di negara ini menjelang himpunan di Jalan Petaling yang tidak menjadi kenyataan sebelum ini.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan di atas keprihatinan Dr Huang Huikang, Duta Besar China ke Malaysia yang mengambil berat tentang permasalahan dan kegusaran peniaga-peniaga berbangsa China di Petaling Street.

Ini adalah satu mesej yang jelas bahawa, bangsa Cina ini mempunyai tempat untuk mengadu dan membela nasib mereka selain daripada Malaysia.

“Mereka mempunyai tanah atau negara asal mereka di Tanah Besar China, dan jika sekiranya apa-apa berlaku ke atas mereka, mereka masih lagi ada tempat untuk bergantung harap,” katanya.

Jamal sebelum ini ditahan polis selepas menyampaikan pesanan kemungkinan berlaku rusuhan di Jalan Petaling jika kerajaan tidak menamatkan dominasi satu kaum pusat perniagaan itu serta membanteras penjualan barangan tiruan.


Iskandar: Itu pandangan peribadi ketua Dewan Ulama

Shakira Buang


 


Kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed bahawa parti itu mempertimbang keluar daripada kerajaan Selangor dikatakan hanya pandangan peribadi.

Sebaliknya, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan mereka akan terus kekal dalam kerajaan pimpinan menteri besar PKR itu, walaupun selepas Pakatan Harapan dibentuk.

“Itu pandangan peribadi, bukan pandangan PAS Selangor. Malah PAS Pusat bersetuju kita terus bersama di dalam kerajaan negeri Selangor.

“Kami di Selangor telah diarah untuk terus bersama dalam kerajaan,” kata Iskandar yang juga naib presiden PAS kepada Malaysiakini.

ADUN Cempaka itu mengingatkan bahawa Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sendiri menegaskan Pakatan Harapan tiada kena mengena dengan kerajaan negeri Selangor.

“Pakatan Harapan adalah strategi politik untuk menghadapi PRU14,” kata Iskandar.

“Negeri Selangor dirampas bersama dari BN oleh PAS, PKR dan DAP bukan Pakatan Harapan,” tegas Iskandar lagi.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahfodz sebagai berkata, PAS akan mempertimbangkan keputusan keluar daripada Selangor berikutan pembentukan Pakatan Harapan tanpa PAS.

“PAS tidak akan ada perhubungan lagi de­ngan DAP. Kita akan bawa berbincang mengenai perkara ini (keluar dari Selangor) dalam jawatankuasa politik PAS dalam masa terdekat.

“Pakatan pembangkang yang baharu masih baharu dan secara realitinya, PAS masih berada dalam pakatan kerajaan di Selangor sehinggalah pilihan raya umum akan datang,” Mahfodz dipetik sebagai berkata.

Dalam gabungan baru itu, PKR dan DAP menerima Parti Amanah Negara (AMANAH), serpihan PAS, sebagai sekutu baru

Pembangkang gesa Obama batal jumpa Najib

Pembangkang gesa Obama batal jumpa Najib
Wan Azizah ketika sidang media di Pejabat PKR hari ini.
 
 
PETALING JAYA - Pakatan Harapan menggesa agar Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membatalkan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menggantung semua rundingan bersabit perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan itu wajar dilakukan sehingga siasatan ke atas Najib selesai dijalankan.
 
"...adalah wajar bagi Presiden Obama membatalkan perjumpaan dengan Najib yang dijadualkan November ini sehinggalah siasatan diselesaikan terlebih dahulu di AS bagi mengelakkan persepsi yang buruk ke atas kedua-dua mereka.
 
"Hanya selepas Najib menyelesaikan masalah krisis kredibiliti dan isu-isu berkait dengan tuduhan penyelewengan 1MDB barulah sebarang rundingan yang melibatkan kedaulatan negara boleh diteruskan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.
 
Menurutnya, laporan The New York Times pada 21 September lalu memberi gambaran bahawa Najib dan keluarganya sedang disiasat oleh Jabatan Keadilan AS.
 
"Ini pertama kali berlaku dalam sejarah negara apabila seorang Perdana Menteri disiasat oleh negara asing atas tuduhan jenayah. Ia bawa kesan besar kepada kebebasan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat selain menjejaskan imej Malaysia di mata dunia yang sekaligus memberi kesan buruk kepada sentimen pelabur terhadap Malaysia.
 
"Siasatan ke atas Najib ini merumitkan hubungan diplomatik kedua-dua negara ketika kerajaan dan AS sedang merunding perjanjian TPP yang telah mengundang pelbagai kontroversi," katanya.
 
Sehubungan itu, pakatan pembangkang juga mengingatkan Najib agar tidak menjadikan tekanan penyiasatan AS terhadapnya sebagai alasan untuk menandatangani perjanjian TPP.
 
"Kerajaan AS perlu menggantung semua rundingan bersabit perjanjian TPP dengan Najib untuk mengelakkan persepsi bahawa konflik kepentingan yang timbul akibat siasatan itu.
 
"Mengambil kira krisis kredibiliti yang dihadapi oleh Najib, Pakatan Harapan berpendapat sokongan kuat kerajaan AS terhadap pentadbiran beliau perlu dikaji semula sebagai langkah menjaga hubungan baik antara Malaysia-AS yang dibina selama ini dan juga pada masa akan datang," katanya.
 
 

Selimut: Pukul suami OKU, sembur racun serangga

Tertuduh (kiri) keluar dari mahkamah selepas perbicaraan hari kedua selesai. – Foto Sinar Harian



KOTA BHARU – Seorang lelaki orang kurang upaya yang pekak dan bisu memberitahu Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini, dia dipukul oleh bekas isterinya dengan menggunakan penyangkut baju pada lengan serta bahu.

Tidak cukup dengan itu, Mohd Bazely Mohamed, 28, mendakwa wanita terbabit, Noor Ashiqin Azmi, 26, turut menderanya dan sering menyemburnya dengan penyembur nyamuk.

“Malam itu, saya bergaduh dengan isteri sebab dia mahu mengambil selimut yang ada dengan saya. Saya kata ‘sekejap’, tiba-tiba dia dah ambil penyangkut baju dan terus memukul saya. Dia juga sembur saya dengan Ridsect,” katanya.

Noor Ashiqin berdepan dakwaan dengan sengaja menyebabkan cedera kepada mangsa dengan menggunakan penyangkut baju plastik di rumah sewa mereka di alamat Flat Hijau, Bandar Baru Kubang Kerian, di sini, pada jam 12 tengah malam, 5 November 2014.

Tertuduh mengaku tidak bersalah ketika kali pertama dihadapkan ke mahkamah pada 8 Disember 2014 dan memohon untuk dibicarakan. Hari ini merupakan hari kedua perbicaraan pada peringkat pendakwaan dengan memanggil mangsa sebagai saksi ketiga yang memberi keterangan.

Prosiding menggunakan khidmat jurubahasa isyarat untuk menterjemahkan soalan daripada pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Kelantan, Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan dan peguam bela, Mohd Faizal Hazim Abdul Rahman bagi pihak tertuduh.

Mohd Bazely juga menjawab setiap soalan dengan menggunakan bahasa isyarat yang kemudiannya diterjemahkan jurubahasa itu kepada mahkamah.

Ketika disoal Mohd Syahrun berapa kali kejadian pukul itu berlaku dan mangsa memberitahu kejadian pukul tersebut kali pertama berlaku.

“Sebelum ini tidak pernah pukul, tetapi dia selalu pengang penyembur nyamuk dan akan menyembur ke arah saya termasuk ketika saya berada di dalam bilik air,” katanya.

Sementara itu, ketika disoal balas Mohd Faizal yang mendakwa mangsa pernah mengasari isterinya serta menolak tertuduh hingga keguguran sebelum kejadian pukul itu, Mohd Bazely bagaimanapun menafikannya.

“Adalah tolak sikit, tetapi tidaklah sampai terjatuh dan setahu saya dia tidak pernah mengandung. Tak ada dan saya tidak tahu pun dia mengandung,” katanya.

Mohd Faizal juga mencadangkan, tertuduh menyembur penyembur nyamuk ketika mangsa berada di dalam bilik air bertujuan supaya mangsa cepat keluar dari bilik air dan bukan mahu menderanya, namun perkara itu tidak dipersetujui mangsa kerana dia menggunakan isyarat tutup buka suis lampu jika ada orang yang mahu menggunakan tandas ketika dia menggunakannya.

Mohd Bazely pada perbicaraan itu turut mengaku menghidap penyakit sawan, namun penyakit itu menyerang pada siang hari sebelum berlaku pergaduhan dengan bekas isteri itu.

Perbicaraan di hadapan Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed bersambung 24 November depan

Lebih banyak kawasan catat IPU tidak sihat

SINAR HARIAN


Jerebu
Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR - Kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat berikutan keadaan jerebu meningkat kepada 18 setakat 9 pagi ini berbanding 11 kawasan pada 7 malam tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatatkan bacaan IPU paling tinggi adalah di Bukit Rambai, Melaka iaitu 150, diikuti Port Dickson di Negeri Sembilan (142).

Beberapa kawasan di Johor yang mencatatkan tahap IPU tidak sihat adalah Kota Tinggi dengan bacaan 106, Larkin Lama (120), Muar (119) dan Pasir Gudang (131).

Bandaraya Melaka pula mencatat bacaan 141, manakala dua lagi kawasan di Negeri Sembilan turut mencatatkan IPU tidak sihat iaitu Nilai (115) dan Seremban (117).

Di Pahang, bacaan IPU di kawasan Indera Mahkota dan Balok Baru, Kuantan pula masing-masing 105 dan 135, manakala di Jerantut (102).

Di Selangor, kawasan Banting mencatatkan bacaan 125, Pelabuhan Klang (102) dan Shah Alam (105), manakala di Terengganu, kawasan Kemaman dan Paka masing-masing mencatatkan bacaan 126 dan 112.

Sementara itu, Putrajaya turut mencatatkan tahap IPU tidak sihat dengan bacaan 111.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
  
Orang ramai boleh merujuk portal  http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama

Selasa, 29 September 2015

Pilihan PAS selepas ditinggalkan Pakatan Harapan

 Oleh Zainal Salleh

 
Post Pic
 

[ULASAN] Kini PAS sudah “membujang” kembali dalam arena politik Malaysia. Secara teknikal meskipun ia menganggap dirinya masih menjadi pembangkang kepada kerajaan Umno-BN, ia bukan sealiran dan sekutu Pakatan Harapan.

PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP atas sebab prinsip. Ia juga tidak mahu bekerjasama dengan Amanah kerana masih sukar memaafkan “pengkhianatan” yang dilakukan pemimpin-pemimpin parti itu terhadap PAS.

Kini PAS perlu menggembleng usaha meminang lebih ramai pengundi menjadi anggotanya dan memperluaskan skop sokongan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) untuk mencapai martabat sama dengan Pakatan Harapan.

Untuk terus bertahaluf dengan PKR bukanlah satu opsyen yang baik. Di peringkat ini, PKR nampak sudah agak selesa dengan kerabat Pakatan Harapan tanpa PAS bersama.

Apa tidaknya, bersama Pakatan Harapan, PKR sudah mendapat apa yang dihajati iaitu pengakuan dan sokongan DAP dan Amanah untuk melantik Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri jika BN ditumbangkan!

PAS sebelum ini amat berhati-hati dan mahu bertindak sebagai “polis moral” dalam Pakatan Rakyat dengan tidak mahu membabitkan diri dalam perkara-perkara yang kurang bermaruah dan syubahat.

Antara lain, PAS amat keberatan mempersetujui manifesto pakatan itu mahu melantik Anwar menjadi perdana menteri jika menang pilihanraya umum 2013 lalu. Apa sebabnya, hanya pimpinan PAS tahu jawapannya.

PAS juga tidak mahu perubahan politik disusun menurut konsep “matlamat menghalalkan cara” seperti Langkah Kajang PKR yang memecat keahlian menteri besar Selangor kerana enggan memberi laluan kepada presiden PKR mengambil alih jawatan berkenaan.

Bagi PAS rekod perkhidmatan menteri besar berkenaan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim amat memuaskan dan tidak ada sebab munasabah beliau perlu disingkirkan.

PAS juga enggan mengkhianati rakyat dengan sewenang-wenangnya mengosongkan kerusi yang dimenangi atas nama Pakatan Rakyat hanya untuk memenuhi hasrat pemimpin tertentu mengisi kerusi DUN Kajang.

Kini, di segi politiknya, PAS perlu menjana keyakinan bahawa ia mampu hidup berdikari dan tidak perlu bergantung kepada PKR untuk meneruskan perjuangan politiknya.

Bagaimanapun PAS harus insaf bahawa dalam usaha menumbangkan Umno-BN, PAS tidak seharusnya mengizinkan dirinya untuk menjadi pemangkin atau “batu loncatan” kepada Pakatan Harapan mencapai cita-citanya.

PAS harus insaf bagaimana secara sistematik ia disisihkan daripada barisan pembangkang. Maka adalah penting ia memastikan amalan politik Machiavelli yang kurang bermaruah itu tidak pula menggantikan BN.

Akibatnya kelemahan moral dan gejolak nafsu mahu berkuasa itu mungkin lebih buruk daripada segala amalan dan dosa yang pernah dilakukan BN ketika memerintah Malaysia.

Ini adalah masanya bagi PAS membuktikan bahawa keyakinannya hidup “membujang” adalah berasas dan mampu melonjakkannya mencapai kemenangan lebih besar.

Sebenarnya, program berkelana bersendirian dalam politik ini sudahpun siap dilakarkan oleh presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sendiri. Apa yang perlu PAS sekarang ialah  melaksanakannya dengan teratur dan jujur.

Strategi tujuh perkara ini dibentangkan oleh Haji Hadi dalam muktamar ke-61 PAS Jun lalu. Antara lain, beliau mengajukan supaya:

1.    PAS dan ahlinya menzahirkan kesetiaan pada perjuangan Islam dengan istiqamah berdasarkan ajaran al Quran dan as-Sunnah Rasulullah s.a.w.

2.    PAS dan ahlinya memahami dan menghayati erti kemenangan sebenarnya ialah mendapat keredhaan Allah.

3.    PAS memantapkan tarbiyah ahli dan kepimpinan dengan komited pada program yang disediakan agar yakin bahawa sempadan perjuangan tidak terhad di dunia tetapi melangkau          hingga akhirat.

4.    Mengemaskini pentadbiran parti di semua peringkat termasuk di Dewan-Dewan dan Lajnah termasuk Cawangan, Kawasan dan Negeri.

5.    Menyebarluaskan mesej bahawa Islam ialah penyelesai masalah ummah bersandarkan kefahaman mengenai fiqhul-waqie atau sistem dan realiti semasa.

6.    Bertahaluf dengan mana-mana pihak demi kebaikan rakyat tidak kira kaum dan agama dan berta’awun dengan mana-mana pihak memerangi kezaliman dan kemungkaran.

7.    PAS melebarkan kedudukan dan peranan di peringkat antarabangsa membela pihak yang dizalimi dan berusaha menyelesaikan konflik antarabangsa.

Yang penting PAS harus sedar bahawa ia mempunyai satu pangkalan politik yang cukup ampuh. PAS mempunyai ramai ulama yang boleh membimbing ummah merintis jalan keredhaan Allah.

Realiti hari ini menunjukkan bahawa umat Islam dahagakan pimpinan agama. Banyak institusi yang turut bersaing dengan PAS untuk memberi keyakinan diri dan kefahaman ini pada umat. Ini adalah tugas hakiki.

PAS harus jadi pembimbing yang boleh membantu umat faham masalah dan cabaran kehidupan hari ini yang saling bertindih dan mengemukakan solusi bagi kemelut yang boleh disesuaikan dengan tuntutan agama.

Masalah terbesar umat Islam di Malaysia hari ini ialah kecelaruan yang ditimbulkan oleh pemain-pemain politik. Justeru PAS harus memperbaharui iktikadnya bahawa ia adalah sebuah jamaah dan itu adalah lebih mulia daripada parti politik.

Kurangkan berpolitik dan tingkat kesedaran umat untuk beramal. Antara amalan terbaik ialah menyantuni isu dan cabaran politik dengan jujur, ikhlas, dan tidak syubahat.

Jika benar PAS sedia bertahaluf dan berta’awun dengan sesiapa sahaja, maka PAS harus meluruhkan bibit kebencian yang sudah merasuknya terhadap jemaah lain seperti Umno dan Ikatan Muslimin Malaysia atau Isma.

PAS harus insaf jamaah lain seperti Wadah, Ikram dan Abim kini lebih cenderung pada politik Machiavelli yang meliliti Pakatan Harapan. PAS harus menghayati sebaliknya – Islam itu ad-din.

PAS tidak perlu memaksa diri dengan slogan inklusif, peduli dan Amanah kerana rekod menunjukkan bahawa nilai-nilai itu memang sudah menjadi darah daging perjuangannya. Istiqamah.

Berita di Singapura, Australia dan Kanada Popularkan Najib dan Malaysia. Nilai Ringgit Terus Jatuh!

BERITA SEMASA

Berita di Singapura, Australia dan Kanada Popularkan Najib dan Malaysia. Nilai Ringgit Terus Jatuh!


Ketua pengarah IDEAS Wan Saiful Wan Jan mengatakan berita Wall Street Journal WSJ adalah akhbar berita yang mempunyai sejarah yang panjang dan cukup lama dalam menyampaikan laporan berita yang berkredibiliti kepada dunia.

Akhbar tersebut bukanlah lahir secara tiba-tiba dan Wall Street Journal adalah antara akhbar berita yang cukup berpengaruh di dunia. Wall Street Journal juga antara watak penting dalam mendedahkan skandal Watergate yang telah mengemparkan dunia melibatkan bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon.

Wall Street Journal sama skali tidak akan mengeluarkan sebarang laporan berita selagi mereka tidak takin dengan kesahihan berita tersebut.

berita najib

Nah…sekarang nilai ringgit Malaysia terus menjunam jatuh. Tun Daim mengatakan, antara sebab utama ringgit Malaysia jatuh adalah disebabkan pelabur tiada keyakinan terhadap Malaysia. Dan kenyataan terbaru Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz membuktikan kata-kata Tun Daim ada asasnya. Kata Zeti, beliau jikalau mahu duit ringgit Malaysia ini :

 

Kejatuhan Nilai Ringgit : Kenyataan Tun Daim dan Tan Sri Zeti

  1. Kerajaan Malaysia perlu selesaikan segera isu 1MDB
  2. Tidak mahu hanky panky
  3. Jangan biarkan rakyat Malaysia menunggu terlalu lama menunggu jawapan disebalik isu 1MDB
  4. Selesaikan ketidaktentuan politik
  5. Tiada lagi skandal yang tergantung di Malaysia
Itu sebabnya menteri hari ini dan ahli politik kenyataan mereka tidak boleh dipercayai 100%. Jikalau ada masalah di Malaysia, berapa ramai pelabur yang berminat untuk campakkan duit mereka dalam pasaran Malaysia?
  • Gabenor Bank Negara tidak boleh begitu mudah dipecat kecuali dengan izin Yang Dipertuan Agong
  • Menteri boleh ditamatkan perkhidmatannya oleh Perdana Menteri
Agak-agak mana satu yang ada lebih kredibiliti dan dipercayai?

Hari ini kita lihat satu persatu laporan berita dunia daripada negara Australia, Sydney Morning Herald Australia News dan juga The Globe and Online dari Kanada mempopularkan nama Najib Razak sekaligus Malaysia dalam laporan berita terkini mereka termasuk yang sebelum ini berdasarkan laporan Berita di bawah.


Rakyat Malaysia sendiri dilihat tawar hati untuk membela Najib Razak di mata dunia melihat cara bagaimana mereka memberikan jawapan balas daripada menteri, ahli politik dan anak buah Najib Razak dalam parti UMNO Barisan Nasional termasuk daripada tuan punya badan sendiri, Najib Razak yang cukup tidak meyakinkan? Macam-macam jawapan yang kedengaran….
  • Ini semua anasir jahat, akhirnya mengaku menerima duit RM2.6 bilion
    Ini semua perbuatan mahu menjatuhkan negara, akhirnya mengaku duit duit hasil derma, katanya
    Kami akan saman, tidak saman-saman juga sehingga sekarang
  • Gantung The Edge Malaysia dan tutup laman web Sarawak Report
  • Tukar peguam negara
  • Anggota PAC diangkat jadi menteri, sehingga peranan PAC tempang ketika ini
  • SPRM disiasat polis
  • Pegawai tinggi Special Branch ditukar
  • Menteri kabinet yang dilihat lantang terhadap 1MDB disingkirkan
Bagaimana agaknya rakyat Malaysia mahu memberikan jawapan yang lebih kukuh kepada dunia disebalik satu demi satu laporan berita dunia yang mula berlegar mengenai dakwaan skandal yang melibatkan Najib Razak?

P/S : Chandra Muzaffar mengatakan Najib Razak perlu saman Sarawak Report dan Wall Street Journal tetapi malangnya sudah beberapa bulan tiada sebarang tindakan mahkamah dilakukan mereka. Berapa lama mahu tunggu?


Mufti Pahang bertegas mahu Muslim DAP mohon maaf

MALAYSIAKINI


 


Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman enggan mohon maaf berhubung khutbah anti-DAP pada Hari Raya Aidiladha minggu lalu.

Sebaliknya, Abdul Rahman berkata bahawa DAP yang perlu memohon maaf kerana didakwanya "campur tangan dalam hal ehwal Islam", lapor Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas tuntutan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puri supaya Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memohon maaf dan menarik balik khutbah tersebut kerana didakwa menghina parti itu atau berdepan tindakan undang-undang.

"Kita tidak akan tunduk kepada pihak yang mahu jabatan ini memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha itu.

"Sepatutnya mereka yang memohon maaf terlebih dahulu kerana campur tangan dalam hal ehwal Islam sepeti pelaksanaan hudud d Kelantan," katanya seperti yang dilaporkan akhbar itu hari ini.

Dalam laporan itu juga, Abdul Rahman sedih dengan beberapa orang Islam dalam DAP yang lebih mempertahankan dasar pati itu dan tidak menghormati institusi Islam.

"Saya rasa terkilan dengan orang Islam dalam DAP, sepatutnya mereka kena mempertahankan Islam ini, namun merea, pula ingin menyaman kami dan meminta kami memohon maaf," katanya dipetik.

Dewan Ulama PAS Perak mempertahankan khutbah itu dan menyokong langkah JAIP yang enggan memohon maaf susulan ugutan saman oleh DAP dan NGO PERKASA pula mendesak parti itu memohon maaf.


JMM desak polis bertindak terhadap Khalid Jaafar

Shakira Buang

 


Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan mendesak pihak polis supaya menangkap dan menyiasat ketua kakitangan Pejabat Menteri Besar Selangor, Khalid Jaafar di bawah Akta Hasutan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

JMM membuat gesaan itu ekoran penyebaran video oleh Khalid Jaafar yang didakwanya berunsur hasutan bertajuk 'Hak Orang Syiah Harus Di Pertahankan'.

Ketua pengarahnya, Faizan Mohd Nor mendakwa kenyataan Khalid itu cukup berbahaya terhadap keselamatan negara dan menimbulkan kecelaruan di kalangan penganut agama Islam sendiri.

"Kami minta tindakan tegas diambil kepada Khalid Jaafar sebagaimana tangkapan terhadap Ayah Pin dan pengikut ajaran Syiah yang lain," tegas Faizan ketika ditemui di luar pekarangan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi Kuala Lumpur, hari ini.

JMM hadir ke IPD Dang Wangi sekitar jam 2.45 petang bagi membuat laporan polis terhadap satu video Khalid pada 2013 yang dimuat naik dan diviralkan di media sosial yang didakwa jaringan itu boleh memesongkan akidah umat Islam.

Menurut Faizan lagi, pihaknya ingin tahu asama ada tindakan Khalid itu merupakan agenda pakatan pembangkang di Selangor.

"Khalid Jaafar merupakan ketua kakitangan pejabat MB Selangor, jadi kita nak tahu apakah ini agenda MB bawah kerajaan negeri Selangor? soal Faizan.

"Kalau ia satu agenda besar, ini amat berbahaya dan boleh buat umat Islam terpesong terutama golongan belia," katanya lagi.

Justeru itu, Faizan mahu pihak berwajib perlu menghentikan penyebaran video tersebut.

"Video ini telah dimuat naik sekitar 2013 dan kita tidak tahu berapa banyak ia telah dikongsikan dan kita mahu ia dihentikan," kata Faizan.

Faizan berkata lagi, pihaknya juga akan membawa perkara tersebut ke pengetahuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk tindakan lanjut.


Isu duta China: Reezal bidas tindakan 'lemah', 'cetek', 'cuai'

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini membidas pihak yang menuduh beliau melanggar protokol berhubung tindakan memanggil Duta China ke Malaysia ke Wisma Putra.

"Memanggil Duta Besar China untuk memberi penjelasan kepada Wisma Putra adalah amalan biasa.

"Yang luar biasa dan dianggap tidak ‘berprotokol’ adalah apabila anggota pentadbiran kerajaan sendiri yang 'melompat' dan mula membuat tuduhan longgar terhadap tindakan yang diambil oleh Wisma Putra.

"Tindakan meremehkan keputusan kolektif yang dibuat di Wisma Putra adalah satu tindakan yang lemah, cetek dan cuai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Walaupun beliau tidak menyebut nama, kenyataan beliau itu secara jelas merujuk kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semalam yang berkata Reezal telah melanggar protokol ketika memanggil Dr Huang Huikang.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Pertamanya, harus saya tegaskan, bahawa tidak ada tindakan semberono yang diambil di dalam perkara-perkara yang melibatkan hubungan diplomasi antarabangsa.

Sebaik diberikan amanah untuk membantu Kementerian Luar Negeri, saya secara peribadi cukup berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan umum; baik di atas kapasiti diri saya secara peribadi, mahupun kedudukan saya sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

Dalam semua hal dan perkara, menjadi kewajiban buat diri saya, untuk merujuk kepada YB Menteri Luar Negeri dan Pengurusan Kanan Wisma Putra. Walaupun mungkin saya masih baru di dalam pentadbiran - namun disiplin pengurusan dan tatakelola kementerian sentiasa saya letakkan di kedudukan yang paling utama.

Ingin saya tegaskan bahawa keputusan untuk memanggil Duta China dibuat oleh Wisma Putra setelah mendapat persetujuan daripada YB Menteri Luar Negeri (setelah berbincang dengan YAB Perdana Menteri). Semuanya dilakukan dengan penuh disiplin pentadbiran dan sejajar dengan amalan biasa Kementerian Luar Negeri.

Justeru itu, adalah malang dan tidak benar sama sekali untuk membuat andaian bahawa saya sebagai Timbalan Menteri telah membuat keputusan sendiri tanpa mengikut prosedur dan protokol Wisma Putra.

Saya amat kesal apabila ada pihak tertentu yang melemparkan tuduhan yang tidak berasas sehingga merumitkan usaha Wisma Putra untuk mengendalikan isu ini secara baik, tegas dan berhemah.

Suka saya tegaskan secara jelas bahawa Wisma Putra diterajui oleh mereka yang mempunyai kemampuan untuk menilai keperluan sesuatu tindakan diambil - selari dengan kepentingan dan maruah Malaysia di persada antarabangsa. Tindakan meremehkan keputusan kolektif yang dibuat di Wisma Putra adalah satu tindakan yang lemah, cetek dan cuai.

Tidak ada kepentingan peribadi apabila kita membuat sesuatu keputusan di Wisma Putra. Ianya dilakukan atas kesedaran bahawa Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dan maruahnya tidak wajar diinjak oleh mana-mana negara asing sekalipun.

Memanggil Duta Besar China untuk memberi penjelasan kepada Wisma Putra adalah amalan biasa dan ini sudah diperjelaskan oleh YB Menteri Luar Negeri.

Yang luar biasa dan dianggap tidak ‘berprotokol’ adalah apabila anggota pentadbiran kerajaan sendiri yang 'melompat' dan mula membuat tuduhan longgar terhadap tindakan yang diambil oleh Wisma Putra.


Najib: Hanya saya saja PM main golf dengan Obama

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih tersenyum bangga apabila boleh bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Disember lalu.

"Saya kini, untuk rekod, sebagai perdana menteri tunggal yang boleh bermain golf dengan Obama," katanya berseloroh dalam pertemuan dengan pelajar Malaysia di New York semalam.

Dalam rakaman ucapan yang diperolehi Malaysiakini, Najib berkata bahawa beliau tidak mendapat manfaat dari segi politik daripada perlawanan golf itu.

"Saya lakukannya kerana saya fikir ia adalah langkah positif untuk kita membina hubungan peribadi dengan presiden Amerika Syarikat. Saya lakukannya demi Malaysia, saya lakukannya demi rakyat.

"Malangnya masanya salah, saya tidak mendapat sebarang keuntungan politik," katanya, yang mengundang ketawa hadirin.

Najib berseloroh mengenai kecaman yang diterimanya sewaktu bermain golf dengan Obama sedangkan negeri di Pantai Timur mengalami banjir.

'Adakah rakyat sedia, cukai tinggi untuk pendidikan percuma?'

MALAYSIAKINI


 


Rakyat Malaysia perlu bersedia membayar cukai pendapatan yang lebih tinggi untuk pendidikan percuma dan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kita boleh mengurangkan PTPTN, kami boleh memberikan pendidikan percuma, tetapi anda perlu meningkatkan cukai pendapatan. Di negara-negara Scandinavia, kadar cukai pendapatan paling tinggi adalah 65 peratus.

"Anda boleh memperolehi banyak perkara tetapi adakah anda bersedia untuk membayar 65 peratus cukai pendapatan?" soal Najib dalam pertemuan dengan pelajar Malaysia di New York semalam.

Malaysiakini telah mendapat rakaman ucapan beliau.

Negara-negara Nordic seperti Sweden dan Norway yang terkenal dengan mempunyai pendidikan percuma sehingga peringkat lepasan ijazah, dan pelbagai faedah sosial.

Kadar cukai pendapatan di negara-negara tersebut bagaimanapun tinggi berbanding dengan Malaysia.

Cukai pendapatan di Malaysia pada masa antara 10 hingga 25 peratus, manakala di Norway dan Sweden, cukai pendapatan setinggi masing-masing 39 peratus dan 56.9 peratus.

Isu Murtad: Rahim Thamby Chik Mohon Maaf Kepada Istana Selangor






Paparan skrin permohonan maaf Rahim Thamby Chik dalam laman Facebooknya.

PETALING JAYA: Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Selangor (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik memohon maaf kepada Istana Selangor berhubung status yang mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menganut agama Kristian (Katolik) dimuat naik menerusi laman Twitter dan Facebook miliknya.

Malah, beliau turut mengakui berita tersebut diambil daripada sebuah laman web tidak berasas.

"Merujuk kepada status saya di Twitter dan Facebook mengenai dakwaan Raja Muda Selangor memeluk agama Katolik, saya mengakui ia dari sebuah laman web tidak berasas.

"Saya memohon maaf di atas ketidakselesaan Raja Muda Selangor dan Istana Selangor disebabkan status tersebut," katanya menerusi laman Facebooknya, Rahim TambyChik.

Dakwaan tersebut bagaimanapun dinafikan Istana Selangor dan disifatkan sebagai tidak berasas, tidak benar dan berunsur fitnah.

Malah, pihak Istana turut membuat dua laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 di Shah Alam berhubung berita palsu tersebut.

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dan setiausaha sulit putera Sultan Selangor, Hanafisah Jais pada pukul 4 petang Isnin.

Menurut dua laporan berkenaan, kedua-dua pengadu berkata, mereka menjumpai status yang dikeluarkan oleh seorang pengguna menggunakan nama samaran "Rahim Tambychik", semasa menggunakan laman sosial itu Istana Mestika di Seksyen 7, Shah Alam pada kira-kira pukul 8 pagi Jumaat lalu.

Jerebu: Lapor jika sekolah anjur aktiviti luar kelas

 
Kementerian Pendidikan tidak membenarkan sekolah mengadakan aktiviti luar kelas pada musim jerebu.


Kamalanathan,sekolah,jerebu


PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan tidak membenarkan pihak sekolah mengadakan sebarang aktiviti berkaitan kesukanan atau aktiviti luar kelas pada musim jerebu.

Timbalan Menteri Pendidikan ll, P.Kamalanathan meminta orang awam dan ibu bapa segera melaporkan kepada kementerian jika ada sekolah yang berbuat demikian.

“Sekolah tidak sepatutnya mengadakan atau menganjurkan sebarang aktiviti kesukanan atau terbuka (outdoor) pada musim jerebu. Jika ada sekolah yang berbuat demikian, ibu bapa atau orang awam boleh membuat laporan kepada kami,” katanya kepada FMT.

Gelombang kedua jerebu kembali di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak ekoran ribut taufan (cyclone) di timur Filipina yang menolak angin dan membawa jerebu dari Indonesia kembali ke Malaysia mulai Rabu lepas.

Beikutan itu, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan supaya sekolah di beberapa negeri ditutup pada Isnin (semalam) manakal sekolah di Johor dan Melaka ditutup pada Selasa.

Beliau memberi jaminan kementerian terus memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

“Kami akan terus memantau IPU untuk membolehkan pihak kementerian membuat keputusan terhadap operasi persekolahan,” katanya.

Mengenai kelas ganti persekolahan ekoran jerebu, Kamalanathan berkata ia adalah atas budi bicara sekolah itu sendiri.


Malaysia harap masalah jerebu selesai tahun hadapan – Zahid

 
Keyakinan itu berdasarkan komitmen kerajaan Indonesia mengatasi masalah itu dan berharap ia bukan sekadar janji.


zahid_jerebu_600


KUALA LUMPUR: Malaysia berharap agar masalah jerebu yang berlaku setiap tahun berjaya diselesaikan pada tahun hadapan berdasarkan komitmen yang ditunjukkan kerajaan Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan Malaysia amat menghargai usaha kerajaan Indonesia dalam mengatasi masalah jerebu dan berharap ia bukan sekadar janji.

“Kami menghargai komitmen yang dilakukan Indonesia dan kami berharap komitmen itu dapat di terjemahkan dalam tindakan,” katanya kepada pemberita sewaktu sesi penangguhan Persidangan Menteri-Menteri ASEAN, di Intercontinental Hotel pada Selasa.

Beliau berkata, usaha yang ditunjukkan pihak berkuasa negara itu menunjukkan komitmen mereka menyelesaikan masalah yang hampir tiada kesudahan itu.

“Pihak Indonesia yang diketuai oleh Ketua Polis Indonesia telah menyatakan bahawa negara berkenaan akan mengambil tindakan perundangan. Ia termasuk membekukan aset di kawasan berkenaan.

“Pada waktu yang sama mengambil tindakan perundangan yang lebih ketat kepada pengusaha dan pemilik kebun tidak kira ia dimiliki oleh rakyat negara berkenaan atau syarikat yang dimiliki oleh pelabur asing,” katanya.

Hishammuddin: Kenyataan Duta China tidak jejaskan negara

 
Hubungan Malaysia-China tidak terjejas kerana kerajaan akan menyelesaikan isu itu secara baik.


Datuk-Seri-Hishammuddin-Tun-Hussein,Dr-Huang-Huikang


KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kenyataan Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang tidak menjejaskan keselamatan dan pertahanan negara.

Beliau berkata, jika kenyataan Dr Huang mengenai perhimpunan di Petaling Street boleh memberi kesan kepada keselamatan negara, sudah tentu beliau diberi tanggungjawab menyelesaikan isu itu.

“Jika dia (Dr Huang) melakukan perkara yang membawa masalah terhadap isu keselamatan dan pertahanan, tentunya isu itu akan diberikan kepada saya…Tetapi itu tidak berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keamanan dan Perpaduan di Dewan Teater Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada Selasa.

Hishammuddin berkata, tindakan kerajaan memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang ke Wisma Putra tidak akan menjejaskan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Beliau percaya kerajaan hanya meminta penjelasan dan beliau yakin pihak di Wisma Putra akan menyelesaikan isu itu dengan baik.

“Jadi saya percaya bahawa ia tidak begitu serius dan kenyataan itu tidak akan menjejaskan hubungan antara Malaysia dan China,” katanya.

Pada masa sama, Hishamuddin berpandangan tindakan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memanggil Dr Huang ke Wisma Putra untuk meminta penjelasan adalah tidak salah.

Katanya, setiap menteri mempunyai perasanan masaing-masing dan setiap isu yang timbul itu perlulah diselesaikan dengan sebaik-baiknya.

“Hubungan dua hala ini melibatkan pelbagai tahap. Saya macam Menteri Pertahanan juga ada hubungan dengan China. Apa yang penting sesuatu isu perlu diselesaikan,” jelasnya.

Hishamuddin turut meminta supaya kenyatan Dr Huang itu tidak perlu diperbesarkan.

Beliau berkata, banyak isu yang lebih besar dan boleh mendatangkan keburukan kepada negara perlu diselesaikan.

Khir Toyo dihukum 12 bulan penjara

Hafiz Yatim  





Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman setahun penjara ke atas bekas menteri besar Selangor Dr Khir Toyo selepas menolak rayuannya berhubung sabitan kes rasuah minggu lalu.

Mahkamah itu juga menolak tawaran doktor gigi berusia 50 tahun itu untuk melakukan khidmat masyarakat dengan menawarkan rawatan pergigian percuma kepada orang miskin sebagai ganti kepada hukuman penjara.

"Dalam analisis akhir, hukuman itu sepatutnya mencerminkan keseriusan kesalahan itu," kata Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Hakim Zulkefli berkata peguam Khir Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah berhujah bahawa hukuman penjara perlu menjadi pilihan terakhir kerana anak guamnya merupakan pesalah kali pertama dan tiada keganasan terlibat.

Katanya, apa yang penting adalah kepentingan awam dan ia (hukuman itu) tidak boleh diubah jika ia tidak menyalahi undang-undang.

Hakim Zulkefli berkata khidmat masyarakat adalah tidak mencukupi kerana ia adalah untuk pesalah muda dan kesalahan ringan.

"Khidmat masyarakat tidak terpakai. Tindakannya (Khir) telah menyebabkan gangguan keyakinan terhadap penjawat awam," katanya. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Dr Mohamad Khir dihantar ke penjara Kajang.

Pada 22 September, panel itu menolak rayuan akhir Dr Mohamad Khir dan mengekalkan sabitan terhadap pertuduhan memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.

Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Dis 2004.

Bekas ADUN Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dr Mohamad Khir, 50, yang berada dalam keadaan berdiri dalam kandang tertuduh, kelihatan tenang semasa mahkamah menjatuhkan hukuman itu.

Mahkamah penuh sesak dengan anggota keluarga, orang ramai dan wakil media. Isteri beliau Zahrah, 50, turut hadir.

Hakim lain yang bersidang dalam panel itu ialah Hakim Tan Sri Ahmad Maarop, Hakim Tan Sri Hasan Lah, Hakim Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Hakim Datuk Ramly Ali.

Dr Mohamad Khir, bapa enam anak, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan atas pertuduhan menggunakan kuasanya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam pada 2007.

Mahkamah Persekutuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi supaya hartanah terbabit dilucuthak dan diserahkan kepada kerajaan.

Doktor gigi itu membawa kesnya ke Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 30 Mei 2013.

Dr Mohamad Khir diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani mewakili pihak pendakwa raya.

Baiki Pusara P.Ramlee, Saloma RM25,000 Haram - Mufti Selangor

 
 
 Beginilah keadaan pusara P.Ramlee yang roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu. Gambar: Utusan Malaysia
Beginilah keadaan pusara P.Ramlee yang roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu. Gambar: Utusan Malaysia
 

PETALING JAYA: Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 adalah haram hukumnya di sisi agama Islam.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf.

“Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal.

"Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Pada 21 Ogos lalu sebuah akhbar melaporkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan melakukan pengubahsuaian terhadap pusara P.Ramlee dan Saloma selepas ia roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu.

Ketua Pengarah agensi itu, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah dalam laporan berkenaan berkata, kerja-kerja pengubahsuaian tersebut mengambil sedikit masa memandangkan bahan binaan pusara berkenaan diimport dari luar negara yang turut mencecah RM25,000.

Pusara berkenaan terletak di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini.

Dalam pada itu Mohd Tamyes berkata, setiap pusara di tanah wakaf hanya boleh dihias tidak melebihi setengah kaki selain dilarang sama sekali membina makam atau bangunan pusara berbentuk kekal kerana ia mungkin akan diguna semula pada masa akan datang jika tanah sudah penuh.

Tambah beliau, walaupun matlamat pihak yang mahu menghias sebuah pusara itu sebagai ingin mencantikkan tempat berkenaan tetapi biarlah hiasan pusara dapat memberi manfaat seperti menanam pokok-pokok renek yang akan mendoakan si mati agar mengurangkan dosa-dosa kecil mereka semasa di dunia.

"Senang cerita, kewajipan manusia pada jenazah hanya empat iaitu memandikan, mengapankan, sembahyangkan dan mengebumikannya. Ini yang wajib dan menghias bukanlah dalam perkara wajib," tegasnya yang turut menyifatkan kos pembinaan itu adalah satu pembaziran.

Sementara itu, pendakwah dan pembimbing jemaah Haji, Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar pula berkata pihak Finas perlu mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak berkuasa agama Islam sebelum meneruskan perancangan membaik pulih pusara berkenaan.

"Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham disayangi ramai.

"Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti,” katanya.

Tambah beliau, jika pembinaan pusara itu dibuat secara keterlaluan, ditakuti wujudnya unsur-unsur syirik dengan aktiviti pemujaan untuk generasi akan datang sehingga menjadi tempat penyebaran ajaran sesat.

“Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri,” katanya.

Ditanya siapakah yang berdosa jika projek berkenaan diteruskan Mohd Hasnil berkata, pihak yang terlibat membinanya akan menanggung dosa itu dan bukannya si mati.


NI SEMUA POYO....

shahbudindotcom






Sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian dan dipetik oleh portal berita atas talian, UMNO Pasir Puteh, Kelantan dilaporkan akan melaksanakan peraturan mewajibkan ahlinya memakai baju merah pada setiap 16 haribulan.

Ketua UMNO bahagian berkenaan, Zawawi Othman berkata, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat khas itu bertujuan menunjukkan kekuatan solidariti dan sokongan penuh kepada parti dah kerajaan.

Katanya, pemakaian baju merah pada setiap 16 haribulan itu tidak hanya terhad ketika menghadiri aktiviti rasmi tetapi wajar dijadikan pakaian santai ketika berada di rumah, kedai kopi mahupun pasar.

Bagaimanapun, pemakaian baju berwarna merah adalah wajib jika menghadiri semua aktiviti parti di peringkat bahagian dan juga akar umbi, tegas Zawawi lagi.

Gabungan NGO Melayu dan Pesaka pada 16 September lalu telah mengadakan perhimpunan baju merah di Padang Merbok sebagai tindak balas kepada himpunan baju kuning Bersih 4 yang sekaligus untuk menunjukkan sokongan kepada Najib Razak yang sedang dibelenggu dengan pelbagai isu.

Rasa nak tergelak pun ada dengan keputusan UMNO Pasir Puteh  ini yang nampaknya lebih melihat faktor kulit berbanding isi dalam konteks perjuangan parti, bahkan melebih-lebih pula sehingga ia diwajibkan pada 16 haribulan setiap bulan.

Ini bermakna, melalui peraturan itu dan jika ianya mendapat sambutan, Pasir Puteh akan bertukar menjadi "Pasir Merah"  sebanyak 12 kali dalam setahun.

Kenapa sampai setiap bulan mahu diraikan sedangkan meraikan hari lahir pun hanya setahun sekali saja?  Apakah UMNO Pasir Puteh makin kuat kerana berbaju merah setiap 16 haribulan itu? Bolehkah ia memastikan menang dalam pilihanraya?

Ketika perhimpunan di Padang Merbok,16 September lalu, berapa puluh ribu peserta yang dihantar oleh UMNO Pasir Puteh?

Ahh, banyak lagi pertanyaan mahu ditanya sebenarnya....

Tetapi kesimpulan paling mudah, bak ungkapan kata popular Awie Wings - INI SEMUA POYO..


'Anwar jalani pemeriksaan MRI dua kali'

MALAYSIAKINI


 


Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjalani imbasan MRI sebanyak dua kali dalam tempoh empat bulan, kata kementerian Kesihatan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata cakera padat (CD) imej imbasan MRI dan salinan laporan MRI yang disediakan oleh pakar perunding radiologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) juga telah diserahkan kepada keluarga Anwar.

"Salinan surat-laporan dan CD imej yang telah diserahkan kepada keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 Julai 2015 dan yang terakhir pada 21 September 2015,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataannya hari ini.

Beliau mengulas dakwaan peguam Anwar hari ini bahawa bekas ketua pembangkang itu tidak menjalani imbasan MRI bagi memastikan keadaan kecederaan pada bahu ketua umum PKR itu.

Dr Noor Hisham berkata seramai 17 panel perunding klinikal terdiri lapan bidang perubatan termasuk tujuh darinya konsultan pembedahan ortopedik kini sedang merawat Anwar.

Beliau berkata empat pakar perunding adalah pakar luar yang memberikan pandangan kedua mengenai keadaan Anwar.

Menurutnya lagi, perunding lain dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) turut memeriksa Anwar pagi ini untuk memberi pendapat lain seperti yang diminta oleh keluarga Anwar.

"Satu pertemuan keluarga juga kemudiannya diadakan hari ini melibatkan pesakit, ahli keluarga, perunding arthroscope ortopedik dan pakar bedah sukan dari PPUM (dan) HKL dan timbalan Pengarah HKL," kata Dr Noor Hisham.

Sebelum ini keluarga Anwar mengancam untuk memfailkan saman amalan salah terhadap pakar Datuk Dr S Jeyaindran kerana didakwa tidak memberikan rawatan segera seperti mana yang diperlukan dengan dakwaan melengah-lengahkan rawatan.

Bekas ketua pembangkang itu mengalami kecederaan bahu sebelum penahanan beliau pada bulan Februari yang dokatakan memerlukan pembedahan segera.

Keluarga Anwar berkata beliau kini mengalami kesakitan berterusan kerana kecederaan semakin teruk semasa dalam penjara sambil menambah pakar Kementerian Kesihatan yang telah memeriksa beliau hanya memberikan fisioterapi dan ubat tahan sakit.

Zeti: BNM tak bimbang diturun taraf ke 'status rendah'

MALAYSIAKINI

 


Bank Negara Malaysia (BNM) tidak bimbang kemungkinan diturun taraf kepada 'status rendah' oleh peniaga Tukaran Mungkir Kredit (CDS) kerana penurunan taraf itu bukan oleh agensi penarafan.

Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, 'status rendah' hanyalah cara pasaran menyampaikan cerita mereka dan perkara yang sama berlaku semasa Krisis Kewangan Asia pada 1998.

"Bagaimanapun setahun selepas krisis kewangan itu, kita berupaya membuktikan kepada dunia apa yang boleh kita lakukan.

"Kita perlu tegas agar pelabur dapat melihat bagaimanapun kita menilai keadaan itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Financial LATeracy Exhibition' di Muzium dan Galeri Seni BNM di ibu negara, hari ini.

Standard & Poor’s memberikan penarafan stabil A untuk Malaysia manakala Fitch Ratings telah meningkatkan penarafannya kepada stabil A.

Ringgit telah menerima tekanan daripada perkembangan global yang amat tidak menentu di Amerika Syarikat, China dan Timur Tengah.

Pada jam 5 petang hari ini, ringgit disebut harga pada 4.4160/4240 berbanding dolar US.

"Apa yang penting ialah ekonomi kita mempunyai kekuatan dan ketahanan untuk menghadapinya.

"Bagaimanapun, kita tidak menghadapi sebarang tekanan untuk menaikkan kadar faedah kerana paras sekarang akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi," katanya dengan menambah, prospek pertumbuhan KDNK BNM sebanyak 4.5-5 peratus untuk 2015.

Dalam kenyataan dasar monetari terbaru, Bank Pusat itu memutuskan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3.25 peratus.

Zeti berkata, BNM melihat pertumbuhan stabil dalam pertumbuhan kredit yang bermakna persekitaran mencabar tidak menjejaskan pinjaman daripada sistem kewangan bagi membantu perniagaan, terutama perusahaan kecil dan sederhana yang mengalami pertumbuhan dua angka.

Menurutnya, ia tidak mungkin dapat menetapkan kadar pertukaran berikutan persekitaran yang sangat dinamik.

"Kita tidak mempunyai paras tertentu kerana ini adalah persekitaran yang dinamik, di mana mata wang lain juga membuat pelarasan. Oleh itu kita tidak boleh menetapkan mata wang kita pada paras tertentu kerana ia akan menjadi salah jajaran," tambah Zeti.-Bernama


Cerita baik-baik mengenai negara bantu pulih ekonomi – Zeti

 
Kejayaan Malaysia mengatasi krisis kewangan Asia pada 1999 menjadi contoh bagaimana kita menyakinkan pelabur mengenai keadaan ekonomi negara.


Zeti-_rahman-dahlan_ekonomi_malaysia_600


KUALA LUMPUR: Imej mengenai kemerosotan dan kemegahan negara tidak ditentukan oleh agensi penarafan tetapi ditentukan oleh semua pihak di negara ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Oleh kerana itu, beliau menyeru semua pihak agar memainkan peranan dalam menceritakan situasi sebenar yang berlaku di Malaysia untuk memastikan ‘junk status tidak berlaku di negara ini.

“Ia terpulang kepada kita untuk menceritakan perkara sebenar kepada pelabur, sama seperti yang kita lakukan sebelum ini,” katanya sewaktu ditemui media selepas merasmikam Ekspo Buku Wang Saku di Sasana Kijang pada Isnin.

Mengulas lanjut, Zeti berkata, ketika Krisis Kewangan Asia (AFC), pelbagai tohmahan telah dilemparkan terhadap keadaan dan situasi kewangan negara.

Namun pada 1999, kurang dari setahun selepas krisis itu berjaya diatasi, kita berjaya menceritakan kepada dunia cerita sebenar mengenai Malaysia, katanya.

“Jadi, inilah yang kita mesti lakukan, supaya pelabur dapat melihat bagaimana kita menangani situasi, dan mereka (pelabur) dapat melakukan penilaian,” ujarnya lagi.

Pendapat sama turut dikongsi Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau mengingatkan agar jurubank di negara ini mengawal diri daripada “menggetarkan” pasaran dengan membincangkan isu ekonomi yang menjejaskan Malaysia di Instagram.

Melalui akaun Twitter miliknya @mpkotabelud, Rahman berkata tidak kira betapa kuat tarikannya, mereka tidak boleh membuat kenyataan menimbulkan kebimbangan pasaran.

“Bagaimana menarik pun sesuatu itu dari segi politiknya, seorang jurubank mesti menahan diri daripada membuat kenyataan yang hanya menambah kepada kebimbangan pasaran. Itu paling utama.”

“Jika anda hendak menunjukkan keprihatinan, katakannya sekali dan kemudian diamkan diri. Orang tahu apa yang anda maksudkan pada kali pertama itu. Jangan getarkan pasaran.

“Tidak bijak untuk menggunakan Instagram membincangkan isu ekonomi yang memberi kesan besar kepada Malaysia. Gunakan platform rasmi. Jangan meremehkan isu itu.” katanya.

Pemimpin UMNO punca masalah perkauman – Orang Asal

 
Perbuatan pemimpin UMNO membiarkan Himpunan Baju Merah membuktikan mereka menyokong perkauman dan seolah-olah merestui orang Melayu membenci kaum lain khususnya orang Cina. 


orang-asli_umno_600


PETALING JAYA: Pemimpin UMNO patut dipersalahkan kerana menyebabkan ketegangan kaum di negara ini menjadi semakin memuncak.

Dakwaan itu dibuat oleh Naib Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Yusri Ahon.

Dia berkata, perbuatan pemimpin UMNO membiarkan Himpunan Baju Merah membuktikan mereka menyokong perkauman dan seolah-olah merestui orang Melayu membenci kaum lain khususnya orang Cina.

“Himpunan Baju Merah itu hanya akan menjejaskan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum kerana hanya disertai orang Melayu.

“Tidak seperti Himpunan Bersih 4.0 yang disertai dan disokong pelbagai kaum dan agama.

“Jadi bagi saya, jelas isu perkauman ini dibawa UMNO sendiri yang merupakan tulang belakang kepada Kerajaan pemerintah,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today (FMT).

Yusri yang juga Ahli Jawatankuasa Jaringan Kampung Orang Asli Pahang (JKOP) berkata, sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO yang memperjuangkan perkauman dilantik ke jawatan penting dalam kerajaan, dia membayangkan akan wujud isu perkauman yang lebih dasyat pada masa akan datang.

“Selagi kerajaan tak ubah pendirian dan pendekatan, masalah perkauman akan terus menjadi bahaya. Ini terjadi kerana isu perkauman dibawa oleh pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, Yusri mendesak kerajaan mengambil pendekatan berbeza untuk menyelesaikan masalah perkauman untuk mengelak ia menjadi semakin buruk sehingga membinasakan negara.

Ditanya adakah pembangkang sengaja memgambil kesempatan di atas isu perkauman, Yusri berkata, pembangkang tidak sepatutnya dipersalahkan kerana menjadi kelaziman pihak lawan untuk menggunakan kelemahan sebagai senjata.