HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 September 2015

Umno Pasir Puteh wajibkan ahli pakai baju merah setiap 16 haribulan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Umno bahagian Pasir Puteh melaksanakan peraturan mewajibkan ahlinya memakai baju merah pada setiap 16 haribulan.
 
Ketuanya Zawawi Othman berkata, keputusan yang dibuat dalam satu mesyuarat khas jawatankuasa bahagian itu semalam bertujuan menunjukkan solidariti dan sokongan penuh terhadap parti dan kerajaan.
 
Katanya, pemakaian baju merah tidak hanya terhad ketika menghadiri aktiviti rasmi parti tetapi wajar dijadikan pakaian santai sama ada ketika berada di rumah, kedai kopi atau di pasar.
 
"Pemakaian baju merah adalah wajib ketika menghadiri semua aktiviti parti sama ada di peringkat bahagian dan akar umbi," Utusan Malaysia memetik beliau sebagai berkata.
 
Katanya, idea mewajibkan pemakaian baju merah pada setiap 16 haribulan timbul daripada Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan ketika sambutan Hari Malaysia itu.
 
Ia diadakan sebagai bertindak balas kepada perhimpunan Bersih 4 hujung Ogos lalu, yang antara lain mendesak pembaharuan demokrasi dan peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak.
 
 

Tiada ulasan: