shahbudindotcom
Sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian dan dipetik oleh portal berita atas talian, UMNO Pasir Puteh, Kelantan dilaporkan akan melaksanakan peraturan mewajibkan ahlinya memakai baju merah pada setiap 16 haribulan.
Ketua
UMNO bahagian berkenaan, Zawawi Othman berkata, keputusan yang dicapai
dalam mesyuarat khas itu bertujuan menunjukkan kekuatan solidariti dan
sokongan penuh kepada parti dah kerajaan.
Katanya,
pemakaian baju merah pada setiap 16 haribulan itu tidak hanya terhad
ketika menghadiri aktiviti rasmi tetapi wajar dijadikan pakaian santai
ketika berada di rumah, kedai kopi mahupun pasar.
Bagaimanapun,
pemakaian baju berwarna merah adalah wajib jika menghadiri semua
aktiviti parti di peringkat bahagian dan juga akar umbi, tegas Zawawi
lagi.
Gabungan
NGO Melayu dan Pesaka pada 16 September lalu telah mengadakan
perhimpunan baju merah di Padang Merbok sebagai tindak balas kepada
himpunan baju kuning Bersih 4 yang sekaligus untuk menunjukkan sokongan
kepada Najib Razak yang sedang dibelenggu dengan pelbagai isu.
Rasa
nak tergelak pun ada dengan keputusan UMNO Pasir Puteh ini yang
nampaknya lebih melihat faktor kulit berbanding isi dalam konteks
perjuangan parti, bahkan melebih-lebih pula sehingga ia diwajibkan pada
16 haribulan setiap bulan.
Ini
bermakna, melalui peraturan itu dan jika ianya mendapat sambutan, Pasir
Puteh akan bertukar menjadi "Pasir Merah" sebanyak 12 kali dalam
setahun.
Kenapa
sampai setiap bulan mahu diraikan sedangkan meraikan hari lahir pun
hanya setahun sekali saja? Apakah UMNO Pasir Puteh makin kuat kerana
berbaju merah setiap 16 haribulan itu? Bolehkah ia memastikan menang
dalam pilihanraya?
Ketika perhimpunan di Padang Merbok,16 September lalu, berapa puluh ribu peserta yang dihantar oleh UMNO Pasir Puteh?
Ahh, banyak lagi pertanyaan mahu ditanya sebenarnya....
Tetapi kesimpulan paling mudah, bak ungkapan kata popular Awie Wings - INI SEMUA POYO..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan