Oleh: HAFIZAN TAIB
SHAH ALAM: Semua pihak dinasihatkan berwaspada ketika melaksanakan aktiviti terutama membabitkan api dalam keadaan cuaca tidak menentu dan berjerebu ketika ini.
Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata perkara terbabit perlu dielakkan kerana boleh mengakibatkan insiden tidak diingini seperti kebakaran.
“Hanya
kerana bara puntung rokok, ia mampu menyebabkan kebakaran.
Dalam keadaan sekarang, jangan ada di antara kita sesekali melakukan pembakaran terbuka,” katanya dalam kenyataan media, pada 26 September lalu.
Dr Daroyah bersama Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali dan rombongan mengunjungi tiga keluarga di Pulau Ketam, Klang, yang tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka hangus dijilat api, 12 September lalu.
Kerajaan Negeri bersama Unit Bencana, Pejabat Daerah Dan Tanah Klang, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) turun sendiri ke sana bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa.
“Selain
sumbangan kewangan, kita juga menyampaikan barangan seperti keperluan
dapur antaranya beras, minyak masak, gula, sardin juga tikar, bantal,
toto dan selimut.
“Dimaklumkan, kejadian berpunca daripada litar pintas yang berlaku di salah sebuah rumah mengakibatkan api merebak ke dua lagi rumah berhampiran. Kita bersyukur kejadian berlaku tidak mencederakan dan mengakibatkan kemalangan jiwa,” katanya.
Dr Daroyah dan rombongan juga mengedarkan topeng muka kepada penduduk di pulau terbabit yang teruk terjejas akibat masalah jerebu.
SHAH ALAM: Semua pihak dinasihatkan berwaspada ketika melaksanakan aktiviti terutama membabitkan api dalam keadaan cuaca tidak menentu dan berjerebu ketika ini.
Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata perkara terbabit perlu dielakkan kerana boleh mengakibatkan insiden tidak diingini seperti kebakaran.
Dalam keadaan sekarang, jangan ada di antara kita sesekali melakukan pembakaran terbuka,” katanya dalam kenyataan media, pada 26 September lalu.
Dr Daroyah bersama Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali dan rombongan mengunjungi tiga keluarga di Pulau Ketam, Klang, yang tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka hangus dijilat api, 12 September lalu.
Kerajaan Negeri bersama Unit Bencana, Pejabat Daerah Dan Tanah Klang, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) turun sendiri ke sana bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa.
“Dimaklumkan, kejadian berpunca daripada litar pintas yang berlaku di salah sebuah rumah mengakibatkan api merebak ke dua lagi rumah berhampiran. Kita bersyukur kejadian berlaku tidak mencederakan dan mengakibatkan kemalangan jiwa,” katanya.
Dr Daroyah dan rombongan juga mengedarkan topeng muka kepada penduduk di pulau terbabit yang teruk terjejas akibat masalah jerebu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan