HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 September 2015

20 wanita asing ditahan di pusat hiburan George Town

THE MALAYSIAN INSIDER



Sebanyak 20 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan tanpa permit ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Kedah malam tadi, menurut polis.

Jurucakap Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang berkata dalam serbuan pada 7.30 malam itu, 14 wanita warga Vietnam dan enam warga China itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai pelayan di pusat itu.

Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang dipercayai melindungi dan mengaji wanita berkenaan, katanya hari ini.

Menurutnya, serbuan itu dilakukan selepas seminggu intipan dilakukan dan siasatan mendapati pusat hiburan itu pernah diserbu beberapa kali sebelum ini kerana kesalahan yang sama.

Katanya kesemua wanita berumur 20 hingga 35 tahun itu diserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan lanjut. – Bernama


Tiada ulasan: