Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan berkata menteri Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta kementerian membuat pengumuman awal mengenainya hari ini.
"YBDS @MahdzirKhalid have requested @KemPendidikan to make an early announcement with regards to the current haze situation. Will update soon (Mahdzir meminta kementerian membuat pengumuman awal berhubung situasi jerebu ketika ini. Akan maklumkan perkembangan tidak lama lagi),” kata Kamalanathan menerusi akaun Twitter beliau pada 10.31 pagi tadi.
Setakat pukul 10 pagi tadi, keadaan jerebu semakin membimbangkan dengan 4 kawasan merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sangat tidak sihat, berbanding 3 sebelum ini.
Sekolah sebelum ini ditutup pada 15 September akibat jerebu, kejadian yang berulang setiap tahun di Singapura dan Malaysia disebabkan penerokaan tanah di Indonesia.
Tetapi, katanya, Jabatan Pendidikan di peringkat negeri perlu memantau bacaan IPU dan boleh mengambil tindakan berdasarkan keadaan di kawasan masing-masing.
IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 300).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan