HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 September 2015

Kes keganasan terhadap wanita meningkat, PWB tampil membantu

Oleh: SYASYA SUFIAN


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB) sentiasa mengambil serius isu keganasan terhadap wanita.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata berdasarkan statistik polis, sebanyak 4,807 kes keganasan rumah tangga dilaporkan berlaku pada 2014.

Prihatin kepada perkara itu, Daroyah berkata PWB mengatur Program taklimat keselamatan dan pembelaan wanita dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan.

pc dr daroyah 2“Amat membimbangkan apabila statistik kes keganasan keatas wanita meningkat kepada 12 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

“Untuk itu, PWB tampil dengan pelbagai program bertujuan meningkatkan lagi kesedaran semua pihak untuk lebih bertanggungjawab menangani masalah itu dari terus meningkat,” katanya.

Sebelum ini, PWB Dun Morib telah menganjurkan Program taklimat keselamatan dan pembelaan wanita pada 23 September lalu.

Melalui program itu, peserta didedahkan mengenai maklumat mendapatkan bantuan daripada polis, Hospital, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Biro Sokongan Keluarga dan Biro Bantuan Guaman Selangor.-NR-


Tiada ulasan: