HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 September 2015

Peguam Khairuddin bimbang ditahan selepas beri kenyataan esok



Peguam Matthias Chang (kanan, gambar kiri) khuatir dirinya akan ditahan selepas memberi kenyataan kepada polis mengenai kes anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada 2 petang esok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 September, 2015.Peguam Matthias Chang (kanan, gambar kiri) khuatir dirinya akan ditahan selepas memberi kenyataan kepada polis mengenai kes anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada 2 petang esok. – Gambar fail The Malaysian Insider,

 
Peguam Matthias Chang menyuarakan kebimbangannya akan ditahan selepas memberi kenyataan kepada polis mengenai kes anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan esok.

Katanya, keterangan dan soal jawab polis akan diadakan sekitar jam 2 petang di ibu pejabat polis Bukit Aman.

"Saya tidak pasti apa tindakan polis, tetapi saya rasa mereka akan tahan saya," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Khairuddin, bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, kini ditahan 28 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 kerana berkaitan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Namun, beliau kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap demam denggi.

Sebagai salah seorang pengkritik tegar syarikat milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang itu, Khairuddin pertama kali ditahan polis di rumahnya di Mont Kiara pada 18 September lalu.

Terdahulu hari yang sama, beliau dan Chang dihalang daripada meninggalkan negara oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Khairuddin ditahan kerana tindakannya menggunakan agensi penguatkuasaan asing bagi memberikan tekanan kepada Malaysia berhubung isu 1MDB boleh dianggap sebagai sabotaj terhadap negara ini.

Khairuddin pertama kali membuat laporan polis terhadap 1MDB, yang mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion, pada Disember tahun lepas, dan akhirnya dipecat daripada Umno selepas diisytiharkan muflis.

Beliau baru-baru ini membuat laporan kepada pihak berkuasa di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan United Kingdom terhadap firma yang bermasalah itu, yang mana Najib juga merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.

Beliau dilaporkan sedang dalam perjalanan untuk bertemu dengan pegawai Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat apabila ditahan di lapangan terbang itu.

Beliau ditahan reman selama 6 hari selepas ditangkap pada hari itu dan pada Rabu minggu lepas, selepas dibebaskan majistret, ditahan semula di bawah Sosma.


Tiada ulasan: