HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 September 2015

Najib perlu saman 5 agensi berita untuk bersihkan nama, kata DAP

THE MALAYSIAN INSIDER


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu ambil tindakan undang-undang terhadap 5 organisasi media antarabangsa jika mahu membersihkan namanya, kata DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu ambil tindakan undang-undang terhadap 5 organisasi media antarabangsa jika mahu membersihkan namanya, kata DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Selain The Wall Street Journal (WSJ), Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas 4 lagi organisasi media antarabangsa jika mahu membersihkan namanya, kata DAP hari ini.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, perdana menteri juga harus menyaman Al Jazeera, The New York Times, The Economist dan Channel News Asia (CNA) kerana menyiarkan laporan yang tidak memihak kepada kerajaan.

Setakat ini, Najib masih belum mengambil tindakan terhadap WSJ yang pada awal Julai melaporkan mengenai RM2.67 bilion yang masuk ke akaun bank peribadinya.

Lim berkata, walaupun Putrajaya kecewa dengan organisasi tersebut, ia perlu menilai jika media antarabangsa itu sememangnya tidak bertanggungjawab atau keadaan di Malaysia sememangnya buruk. 
 
"Siapa yang perlu bertanggungjawab terhadap begitu banyak laporan buruk di peringkat antarabangsa oleh Malaysia, sama ada media cetak atau elektronik - Salleh, Najib atau media antarabangsa?," soal Lim.

Beliau merujuk kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak, yang membantah dokumentari CNA di Malaysia bertajuk "A fractured nation" (Sebuah negara yang retak) kerana didakwa berat sebelah.

"Persoalan penting ialah sama ada CNA secara tidak bertanggungjawab memberi imej buruk kepada keadaan yang baik di Malaysia, atau memang sebenarnya mencerminkan keadaan buruk yang berlaku di Malaysia," kata Lim.

Salleh dan Najib berkata, laporan media antarabangsa baru-baru ini tidak memberi gambaran yang tepat mengenai Malaysia.

"Apa cerita dongeng lain yang pihak publisiti dan komunikator Najib yang bergaji tinggi mahu rakyat Malaysia percaya?," soal Lim.

WSJ melaporkan pada 2 Julai mengenai "derma" RM2.6 bilion dalam akaun Najib.

Al Jazeera pula pada 11 September menyiarkan mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam program hal ehwal semasanya di saluran 101 East.

The New York Times pada 21 September mendedahkan mengenai siasatan juri persekutuan Amerika Syarikat berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan Najib dan mereka yang rapat dengannya.

The Economist menulis pada 24 September, artikel bertajuk “Race in Malaysia: Playing with fire” (Kaum di Malaysia: Bermain dengan api), mengkritik cubaan Putrajaya mengeksploitasi sentimen perkauman.

CNA melaporkan mengenai keadaan semasa Malaysia di bawah pimpinan Najib di tengah-tengah dakwaan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad, perhimpunan Bersih 4 yang menuntut peletakan jawatan beliau dan perhimpunan baju merah yang berbaur perkauman.
 
 

Tiada ulasan: