HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 September 2015

Tidak boleh mempercayai berita tanpa penyelidikan


Oleh DrMAZA.com
 
 
..orang yang buruk akhlaknya itu terzahir pada perkataannya..samada lisan ataupun tulisan..dia cenderung memaki hamun, menggunakan bahasa yang kesat dan hodoh terhadap orang lain..orang seperti ini sebenarnya seorang fasik ataupun ahli pembuat dosa..al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w pernah hadir dalam suatu majlis orang Ansar.

Padanya ada seorang lelaki yang terkenal dengan suka memaki hamun. Nabi s.a.w pun bersabda: “Memaki orang muslim itu perbuatan fasik dan memeranginya perbuatan kufur”

Maka, penceritaan atau berita yang dibawa oleh orang fasik seperti ini tidak boleh kita percayai, sebaliknya kita kena selidiki terlebih dahulu..firman Allah dalam Surah al-Hujurat: (maksud) Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan"

..antara orang fasik zaman internet ini ialah mereka yang suka mencerca dan memaki hamun orang lain di dunia maya dengan perkataan-perkataan yang keji dan buruk..sesiapa yang berbuat demikian maka zahir padanya kefasikan..kita tidak boleh mempercayai berita golongan ini tanpa penyelidikan..

Tiada ulasan: