HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 September 2015

Duta China perlu perjelas isu Jalan Petaling

Duta China perlu perjelas isu Jalan Petaling
Kenyataan Wisma Putra, hari ini. 
 
 
SHAH ALAM – Kementerian Luar Negeri akan mengaturkan pertemuan antara pihaknya dengan Duta Besar Republik Rakyat China, Dr Huang Huikang bagi mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan yang dibuat semasa lawatannya ke Jalan Petaling, kelmarin.

Kementerian Luar Negeri menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini berkata, pertemuan tersebut akan diadakan esok di Wisma Putra.

“Kenyataan beliau semasa mengadakan lawatan di Jalan Petaling telah menarik perhatian dan menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan orang awam.

“Kami berharap perjumpaan ini akan dalam membantu dalam perkara ini,” katanya lagi.

 Huikang dipetik berkata Beijing tidak akan teragak-agak untuk bersuara, terhadap sebarang ancaman yang boleh menjejas hubungan negaranya dengan Malaysia.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Huikang semasa melakukan lawatan ke Jalan Petaling bersama isterinya dan duta lain pada kelmarin.


Tiada ulasan: