HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 September 2015

KIRIMAN GAMBAR DARI JAKARTA

shahbudindotcom


 
 
 
Malam semalam, 27 September, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad telah menerima anugerah "Star Of Soekarno" oleh Yayasan Pendidikan Soekarno di hotel Borobudur, Jakarta.

Penganugerahan itu diberikan sebagai pengiktirafan terhadap ketokohan, keberanian dan kepimpinan beliau dalam memperjuangkan suara hak asasi manusia di pelbagai peringkat antarabangsa.

Pengasas Yayasan Pendidikan Soekarno, Rachmawati Soekarnoputri yang merupakan cucu kepada bekas Presiden Indonesia itu telah menyampaikan bintang penganugerahan itu kepada Tun Mahathir.

Tun Mahathir kemudian diberi peluang menyampaikan ucapannya di hadapan tokoh-tokoh politik utama, pegawai tinggi kerajaan dan panglima-panglima tentera Indonesia.

Pagi ini pula saya telah menerima kiriman gambar-gambar sekitar majlis penganugerahan itu daripada seorang penjenguk blog ini yang menetap di Jakarta.

Beliau ialah Dr Fauzi Mohamad, seorang rakyat Malaysia yang berasal dari Pahang tetapi menetap kira-kira 17 tahun di Jakarta dan telah membina perniagaan serta keluarga di sana.

Dr Fauzi adalah jemputan khas daripada Rachmawati ke majlis tersebut sebagai mewakili seluruh rakyat Malaysia, khususnya yang menetap di Indonesia.

Beberapa hari sebelum ini, Dr Fauzi turut ditemubual oleh sebuah stesen televisyen Indonesia untuk menyampaikan penghargaan dan terima kasih bagi rakyat Malaysia atas penganugerahan itu.

Tahniah diucapkan kepada Tun Mahathir atas penganugerahan yang seharusnya membanggakan seluruh rakyat Malaysia. 

Tahniah dan terima kasih juga kepada Dr Fauzi atas kejayaan di negara seberang serta kerana kiriman gambar-gambarnya ini. 
 

Tun Mahathir bergambar selepas menerima anugerah tersebut.

Tun Mahathir ketika menerima kalungan Star Of Soekarno.

Dato' Dr Fauzi, rakyat Malaysia berasal dari Pahang yang dipilih hadir mewakili rakyat Malaysia dan sudi berkongsi gambar dengan pembaca blog ini.

Dr Fauzi dan isteri bergambar kenang-kenangan bersama cucu-cucu Soekarno.
 
 

Tiada ulasan: