HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 September 2015

Rahman Dahlan ingatkan jurubank jangan cetus kebimbangan pasaran



Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan mengingatkan pengurus bank tidak bertindak menimbulkan kerisauan kepada rakyat dengan membincangkan isu ekonomi di media sosial. – Gambar Twitter, 28 September, 2015. 
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan mengingatkan pengurus bank tidak bertindak menimbulkan kerisauan kepada rakyat dengan membincangkan isu ekonomi di media sosial. – Gambar Twitter, 
 
 
 
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini mengingatkan jurubank supaya mengawal diri daripada "menggetarkan" pasaran dengan membincangkan isu ekonomi yang menjejaskan Malaysia di Instagram. Menyuarakan pandangannya di akaun Twitter miliknya, Rahman berkata tidak kira betapa kuat tarikannya, mereka tidak boleh membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kebimbangan pasaran.

Menggunakan akaun beliau @mpkotabelud, katanya: "Bagaimana menarik pun sesuatu itu dari segi politiknya, seorang jurubank mesti menahan diri daripada membuat kenyataan yang hanya menambah kepada kebimbangan pasaran. Itu paling utama."

"Jika anda hendak menunjukkan keprihatinan, katakannya sekali dan kemudian diamkan diri. Orang tahu apa yang anda maksudkan pada kali pertama itu. Jangan getarkan pasaran. "Tidak bijak untuk menggunakan Instagram membincangkan isu ekonomi yang memberi kesan besar kepada Malaysia. Gunakan platform rasmi. Jangan meremehkan isu itu."

Dalam ​soal jawab menerusi tweet tersebut, pengguna Twitter ZHR @ziadrazak bertanya: @mpkotabelud sukar untuk mencari platform rasmi apabila suratkhabar berdaftar pun ditutup kerana membangkitkan fakta yang tidak ​menyenangkan:.

Dalam responsnya, ahli Parlimen Kota Belud itu menjawab ​kepada ​@ziadrazak​:​ ​"​Beliau sebahagian daripada jawatankuasa ekonomi.​"​

Walaupun beliau tidak menamakan jurubank yang ​dimaksudkannya, eksekutif bank terkemuka Datuk Seri Nazir Razak sering kali ​dilihat ​bersuara lantang mengenai isu​ ​semasa yang melibatkan pentadbiran abangnya Datuk Seri Najib Razak dalam akaun Instagram beliau.

Pengerusi Kumpulan CIMB itu dimasukkan ke dalam jawatankuasa ekonomi baharu oleh Najib pada Ogos, ​yang ​ditubuhkan untuk mempertimbangkan perancangan segera dan jangka sederhana ​bagi mengukuhkan lagi asas​ ​ekonomi negara.

Rahman juga menyatakan di Twitter: "Jurubank yang dihormati tidak ​mengatakan sesuatu sewenang-wenangnya (don't shoot from the hip and trigger happy)​.​ Mereka ​tenang dan tenteram​. ​Kecualilah kalau mereka ahli politik separuh masa!

"Jurubank yang dihormati ​mengawal sikap dan tingkah laku. Mereka tidak mencampur-adukkan antara posting ​mengenai ​pandangan ekonomi yang serius ​dan ​posting ​mengenai jogging dan keluar makan!"


Tiada ulasan: