HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 September 2015

Malaysia tidak tertekan dengan kadar faedah, kata Zeti




Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berucap pada majlis pelancaran muzium dan pameran ‘Financial LATeracy’ di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau berkata, negara tidak berdepan tekanan dalam kadar faedah kerana ia masih dapat menyokong aktiviti ekonomi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 28 September, 2015.Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berucap pada majlis pelancaran muzium dan pameran ‘Financial LATeracy’ di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau berkata, negara tidak berdepan tekanan dalam kadar faedah kerana ia masih dapat menyokong aktiviti ekonomi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli.
 
 
Kadar faedah negara masih kekal akomodatif walaupun Malaysia berdepan cabaran ekonomi dan kedudukan mata wang yang lemah ketika ini, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. Zeti berkata, negara tidak berdepan tekanan dalam kadar faedah kerana ia masih dapat menyokong aktiviti ekonomi.

"Kita tidak berdepan sebarang cabaran (mengenai kadar faedah). Kadar faedah kita sekarang ini dianggap masih akomodatif.

"Ini bermakna ia menyokong aktiviti ekonomi," kata Zeti kepada pemberita semasa ditemui di Sasana Kijang, Kuala Lumpur hari ini. Menurut Zeti, pertumbuhan kredit yang kukuh menunjukkan ia tidak akan menjejaskan pinjaman peniaga domestik daripada pembiaya sistem kewangan.

"Kita lihat pertumbuhan kredit yang kukuh, ia bermakna pinjaman daripada sistem kewangan untuk menyokong perniagaan tidak terjejas, khususnya PKS (perniagaan kecil dan sederhana)," katanya.

Malah, Zeti berkata PKS mencatatkan pertumbuhan digit 2 kali ganda yang merupakan satu prestasi baik.

Walaupun prospek tahun ini agak mencabar, Zeti berkata mereka masih letak sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara lingkungan 4.5% hingga 5.5%.

"Suku kedua pastinya prospek itu mencabar, tapi kita masih mengatakan pertumbuhan di dalam sekitar 4.5% ke 5.5%. Itu jangkauannya," katanya.

Malaysia berdepan cabaran susulan faktor persekitaran ekonomi luar dan dalam negara yang tidak menentu.

Mata wang negara juga lemah kepada tahap terendah sejak 17 tahun, jatuh kepada 4.4058 berbanding dolar Amerika Syarikat.


Tiada ulasan: