HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 September 2015

Pemuda Umno mahu k'jaan ambil tindakan pada Huang

MALAYSIAKINI


 


Pemuda Umno menyeru kepada Wisma Putra supaya mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas Duta Besar China ke Malaysia Dr Huang Hui Kang ekoran tindakan beliau yang dianggap "keterlaluan".

Pengerusi Biro Antarabangsa pergerakan itu Datuk Mohamed Hazali Abu Hassan berkata pihaknya memandang serius kenyataan yang dibuat susulan lawatan beliau ke Jalan Petaling pada Jumaat.

"Biro Antarabangsa Pemuda Umno Malaysia ingin menyelar tindakan Duta Besar China ke Malaysia De Huang Hui Kang, yang jelas telah mencampur tangan dalam urusan dalaman negara Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Hazali juga berkata tindakan duta China itu yang turun padang ke kawasan itu dianggap 'sensitif' ketika ini dan kenyataan beliau juga menimbulkan persoalan.

Pada Jumaat lalu, Huang mengedarkan kuih bulan kepada peniaga di kawasan itu sempena perayaan pertengahan musim luruh yang jatuh pada hari ini.

Tetapi dalam kenyataannya, beliau berkata kerajaan China menentang diskriminasi kaum dan ekstremisme, yang merujuk secara halus kepada protes berbaur perkauman di Jalan Petaling yang diketuai tokoh yang dikaitkan dengan kerajaan, telah mengejutkan Putrajaya.

Wisma Putra dilaporkan memanggil Dr Huang atas kenyataan beliau itu dan beliau dijangka memberi penerangan kepada pegawai Malaysia esok.

Tiada ulasan: