HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 September 2015

Skandal Najib boleh jejas hubungan dengan Australia, lapor media asing

THE MALAYSIAN INSIDER



Seorang ahli akademik mengatakan Australia akan terkesan dengan kejatuhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila ia berlaku, kerana negara tersebut mempunyai lebih banyak ikatan berpanjangan dengan Malaysia berbanding mana-mana negara jiran Asia yang lain. – Gambar Reuters, 27 September, 2015. Seorang ahli akademik mengatakan Australia akan terkesan dengan kejatuhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila ia berlaku, kerana negara tersebut mempunyai lebih banyak ikatan berpanjangan dengan Malaysia berbanding mana-mana negara jiran Asia yang lain. – Gambar Reuters,
 
 
 
Dakwaan penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam skandal kewangan boleh meninggalkan kesan ke atas hubungan antara Malaysia dan Australia, lapor Sydney Morning Herald (SMH) hari ini. Akhbar Australia itu memetik ahli akademik Profesor Clive Kessler, menasihati Australia yang berhubungan rapat dengan Malaysia, supaya "mulai sekarang melihat kepada Malaysia dengan serius dan bijak."

SMH berkata kejatuhan Najib sebagai perdana menteri satu hari nanti akan ada impaknya terhadap keutamaan dalam dasar asing Australia, memandangkan negara tersebut mempunyai "lebih banyak ikatan berpanjangan antara institusi dan individu dibina dengan Malaysia berbanding mana-mana negara jiran di Asia".

Ia melaporkan Kessler berkata, Australia percaya dengan "mitos" tentang Najib sebagai seorang yang "moderat, progresif, (dan) liberal". Tetapi, di Malaysia, Najib "melepaskan pasukan autoritarianisme Islam dan keagungan etnik Melayu," kata Kessler, seorang profesor emeritus dalam bidang sosiologi dan anthropologi, serta seorang pakar Malaysia di University of New South Wales.

Katanya, Australia sering memandang Malaysia sebagai rakan yang mudah diramal dan boleh diharap di rantau ini.

SMH berkata Najib "berdepan risiko menjadi seorang pariah antarabangsa" kerana diselubungi skandal yang melibatkan wang RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya dan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menurut akhbar tersebut, Australia bersedia kehilangan pertaruhan besarnya atas Najib memandangkan 1MDB, firma pelaburan negara hasil cetusan idea beliau menjadi subjek penyiasatan di beberapa negara.
Ia juga menyatakan dakwaan skandal kewangan beliau juga menyebabkan politik Malaysia menjadi "tidak berfungsi".

Najib menafikan terlibat dalam sebarang salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil wang untuk kepentingan peribadi, tetapi hari ini Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, perdana menteri perlu sama ada menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadapnya atau mendakwa lima media antarabangsa – WSJ, New York Times, Al-Jazeera, Channel News Asia dan The Economist – jika mahu membersihkan namanya.


Tiada ulasan: