Bernama
KUALA LUMPUR: Peguam
mewakili Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang hari ini
dipanggil bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang
Wangi di sini berhubung kes bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan
itu.
Matthias hadir sebagai saksi di IPD Dang Wangi kira-kira pukul 9.30 pagi ini bersama-sama peguamnya Zainol Zakaria dan seorang lagi peguam Ahmad Bazlan Che Kassim bagi membantu siasatan polis.
Perkara itu disahkan Ahmad Bazlan ketika ditemui pemberita di perkarangan IPD Dang Wangi.
"Keterangan diambil selama sejam ... kami akan hadir semula di IPD Dang Wangi Jumaat ini bagi menyambung semula keterangan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Bazlan berkata Khairuddin ketika ini masih di dalam wad selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana disyaki menghidap denggi.
Khairuddin sebelum ini ditahan di kediamannya di sini.
Beliau direman selama enam hari mulai 19 Sept mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas dakwaan cuba melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen.
Pada
23 Sept, Khairuddin ditahan semula di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di
bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) atas dakwaan cuba melakukan aktiviti yang boleh mensabotaj negara.
Matthias hadir sebagai saksi di IPD Dang Wangi kira-kira pukul 9.30 pagi ini bersama-sama peguamnya Zainol Zakaria dan seorang lagi peguam Ahmad Bazlan Che Kassim bagi membantu siasatan polis.
Perkara itu disahkan Ahmad Bazlan ketika ditemui pemberita di perkarangan IPD Dang Wangi.
"Keterangan diambil selama sejam ... kami akan hadir semula di IPD Dang Wangi Jumaat ini bagi menyambung semula keterangan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Bazlan berkata Khairuddin ketika ini masih di dalam wad selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana disyaki menghidap denggi.
Khairuddin sebelum ini ditahan di kediamannya di sini.
Beliau direman selama enam hari mulai 19 Sept mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas dakwaan cuba melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan