HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 September 2015

Tindakan disiplin terhadap Jamal jika bersalah – KJ

 
Semua pihak diminta menunggu sehingga siasatan polis terhadap Jamal Yunos selesai.


khairy,jamal



KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yakin Datuk Jamal Yunos akan dikenakan tindakan disiplin jika didapati bersalah terhadap dakwaan merancang mengadakan rusuhan.

Beliau bagaimanapun berkata, siasatan terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu masih berjalan dan menasihatkan semua pihak menunggu sehingga siasatan selesai.

Buat masa ini tiada perkara dibangkit di peringkat Majlis Tertinggi UMNO mengenai penangkapan Jamal,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Larian Walk A Mile ke-14 Sempena Hari Jantung Sedunia di Taman Tasik Perdana pada Ahad.

Jamal, Pengerusi Gabungan NGO Melayu ditahan pada Sabtu lalu dan dibebaskan sehari selepas itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 105 Kanun Keseksaan kerana merancang mengadakan rusuhan di Petaling Street.

Jamal menyalahkan sesetengah media sebagai punca penahanannya itu kerana mendakwa media tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan berhubung rancangan mengadakan perhimpunan kali kedua di Petaling Street pada 26 September.

Tiada ulasan: