HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 September 2015

Rempuhan di Mina di luar kawalan manusia - Ulama

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
MINA: Ulama tertinggi Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz al-Sheikh, berkata tragedi rempuhan yang mengorbankan 717 jemaah haji kelmarin adalah di luar kawalan manusia, menurut laporan media rasmi hari ini, iaitu hari terakhir urusan haji musim ini. 
 
Insiden rempuhan itu adalah yang terburuk dalam tempoh 25 tahun yang berlaku ketika musim haji dan mengundang kritikan hebat beberapa pihak, terutama daripada Iran, terhadap cara pihak berkuasa Arab Saudi mengendalikan urusan haji. 
 
"Anda tidak bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku," kata Sheikh Abdul Aziz kepada Putera Mahkota Mohammed bin Nayef pada satu mesyuarat di Mina semalam, menurut laporan Saudi Press Agency (SPA). 
 
"Bagi perkara yang manusia tidak dapat kawal, anda tidak dipersalahkan. Nasib dan takdir tidak boleh dielakkan," katanya kepada Mohammed yang juga Menteri Dalam Negeri. 
 
Mohammed mempengerusikan Jawatankuasa Haji Arab Saudi dan sudah mengarahkan siasatan terhadap insiden rempuhan ketika permulaan melontar jamrah di Mina itu. 
 
Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz turut menitahkan operasi haji dikaji semula. - AFP
 
 

Tiada ulasan: