Arahan tutup sekolah dari PM di Twitter adalah palsu
THE MALAYSIAN INSIDER
Kenyataan
di akaun Facebook, Pejabat Perdana Menteri (PMO) Malaysia yang
menafikan apa-apa arahan berkaitan penutupan sekolah akibat jerebu
menerusi laman Twitter beliau. – Gambar Facebook.
Pejabat
Perdana Menteri malam ini menafikan kesahihan gambar yang memaparkan
kononnya satu kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung
penutupan sekolah akibat jerebu. Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan di akaun Facebook, PMO
Malaysia, berkata kenyataan itu adalah palsu dan tidak ada apa-apa
arahan berkaitan penutupan sekolah akibat jerebu yang dikeluarkan
perdana menteri baru-baru ini menerusi laman Twitter beliau.
"Semua pihak perlu menghentikan penyebaran imej ini. Ini perbuatan
pihak yang tidak bertanggungjawab dan siasatan asal usul pertama imej
ini akan dilakukan serta merta oleh Kementerian Komunikasi dan
Multimedia.
"Tindakan juga akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang Malaysia," kata PMO.
Kenyataan palsu menerusi Twitter yang dicatatkan pada 12.03 pagi, 26
September itu memetik perdana menteri sebagai berkata "Saya memohon
Kementerian Pendidikan menutup semua sekolah seluruh Malaysia pada hari
Isnin dan Selasa berikutan jerebu". – Bernama,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan