HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 September 2015

Langit negara pulih menjelang Oktober

 SINAR HARIAN
 
 
Jerebu
Gambar hiasan.
 

KUALA LUMPUR - Malaysia dijangka bebas dari gangguan jerebu rentas sempadan menjelang awal Oktober kerana kesan dari siklon Dujuan, yang bermula dari Filipnia, diramal lenyap awal minggu depan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Datuk Che Gayah Ismail berkata keadaan ini boleh berlaku secara tentatif pada 28 hingga 30 September.

Dujuan yang muncul dari Filipina sejak Selasa lepas, yang mengakibatkan perubahan arah angin, membawa balik jerebu ke negara ini selepas reda seketika.

"Musim intera-monsun tercetus pada pertengahan bulan ini, ketika keadaan sepatutnya bebas jerebu.
Namun, kita boleh menjangkakan bebas dari jerebu tidak lama lagi," kata beliau kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata musim intra-monsun dijangka membawa hujan pada sebelah tengah hari. 

Che Gayah berkata operasi pembenihan awan akan hanya dijalankan bila Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sesuatu kawasan mencecah paras tidak sihat selama 72 jam (tiga hari) berturut-turut.

Beliau berkata jabatan itu kini memantau rapat situasi di Johor.

Tiga stesen di Johor - Pasir Gudang, Larkin Lama dan Kota Tinggi yang melaporkan IPU tidak sihat sejak Khamis, mengalami kualiti udara bertambah baik pagi ini, dengan indeks direkodkan pada paras sederhana pada 1.00 tengah hari.

Di Kuala Lumpur, IPU terus berada di paras sederhana dalam masa tiga hari lepas.

Bacaan IPU 0 ke 50 menunjukkan kualiti udara baik; 51 ke 100, sederhana; 101 ke 200, tidak sihat; 201 ke 300, amat tidak sihat; 300 dan lebih, berbahaya. - Bernama


Tiada ulasan: