HALAMAN SANTAI

Isnin, 21 Mac 2016

Hadi: Ia baru tuduhan, biar SPRM siasat Lim dulu

Anne Muhammad




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Ia berhubung isu pembelian sebuah rumah banglo oleh Lim dan penjualan tanah milik negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta.

“(Kita) serah pada SPRM.

“Terpulang pada keputusan siasatan, kita idak boleh buat keputusan sekarang. Ini baru tuduhan ia tidak boleh jadi satu keputusan,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Sebelum ini Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya menuduh Lim membeli sebuah banglo dua tingkat di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta yang didakwa di bawah nilai pasaran.

Shabudin juga mendakwa pembelian rumah pada 2015 itu mempunyai hubungan dengan jualan sebidang tanah kerajaan negeri di Taman Manggis pada 2012.



Bagaimanapun, Lim menafikan dakwaan itu dan berkata beliau bersedia untuk menjawab tuduhan Shabudin di Parlimen.

Lim juga meminta Shabudin mengulangi dakwaannya di luar parlimen agar beliau boleh mengambil tindakan saman untuk membersihkan namanya.


Tiada ulasan: