HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 Mac 2016

Kerjasama PAS-IKATAN dan PH tidak mustahil diwujudkan, kata pemimpin PKR

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) berpendapat bahawa kerjasama antara pakatan itu dengan PAS-Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku demi mewujudkan sebuah blok pembangkang yang kukuh.
 
Hal itu disuarakan Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin apabila diajukan kemungkinan berlakunya gabungan blok-blok pembangkang dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang berbaki kurang dua tahun saja lagi.
 
"Tidak mustahil. Politik adalah seni melakukan yang mustahil. Seni yang serba mungkin. 
 
"Apa sahaja blok-blok yang ada di dalam konteks politik Malaysia yang pentinganya adalah apabila menghadapi pilihan raya akan datang, blok pembangkang akan berdepan dengan Umno-Barisan Nasional (BN) secara satu lawan satu. Maka di situ kita akan mendapat hasil yang baik," katanya kepada Antarapos.
 
Sehubungan itu, menurut Shaharuddin, PKR akan mengambil peranan untuk bertindak sebagai jambatan hubungan antara PAS-IKATAN dan Pakatan Harapan bagi mewujudkan kerjasama itu.
 
Ini kerana PKR, adalah satu-satunya parti yang masih mempunyai hubungan politik dengan kedua-dua gabungan pakatan berkenaan. 
 
"Melalui proses rundingan yang diadakan menerusi dalaman dan luaran parti. PAS dan DAP tidak akan bertembung di kawasan yang mereka mahu bertanding, sekalipun berlaku perselisihan.
 
"Atau jika ada pun hanya di satu, dua tempat yang pada saya ia berkait rapat dengan strategi politik masing-masing.
 
"Kemungkinan pertembungan berlaku di antara PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) dan ia mesti dirundingkan. PAS dan PAN kena mainkan peranan yang besar supaya pertandingan satu lawan satu diadakan. 
 
"Maka PKR boleh menjadi jambatan untuk menyelesaikan titik bengik yang berlaku," ujarnya.
 
Pendirian PKR itu dilihat konsisten dengan hubungannya bersama PAS yang masih utuh, lebih-lebih lagi melalui pentadbiran Selangor.
 
Namun, ia berbeza dengan DAP yang secara terang-terangan menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PAS, termasuk gabungan parti itu bersama IKATAN lebih-lebih lagi dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru berkata ini asas kerjasama dengan PAS tidak lagi wujud setelah parti berkenaan memungkiri prinsip dan hala tuju pakatan pembangkang.
 
 

Tiada ulasan: