HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 Mac 2016

Pelantikan Apandi tiada isu dengan percanggahan kepentingan

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohd Azhar

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Pelantikan Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji tidak timbul isu selagi tiada percanggahan kepentingan.
 
Hal itu dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri di sidang Dewan Rakyat, pagi ini.
 
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang mempersoal apakah kerajaan mewujudkan praktis pengasingan kuasa eksekutif dan pihak pentadbiran selepas Apandi dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji, ahli Majlid Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
 
"Pelantikan Peguam Negara sebagai ahli MAIWP dan Ahli Lembaga Pengarah PTPTN pula merupakan pelantikan melalui undang-undang. Ini adalah kerana subseksyen 10(1) Akta 505 dan Seksyen 7(2)(b) Akta 566 memperuntukan secara jelas Peguam Negara atau wakilnya merupakan ahli MAIWP dan Lembaga Pengurusan PTPTN atas jawatannya.
 
"Sekiranya timbul isu percanggahan kepentingan dalam apa-apa perkara tertentu dalam mesyuarat lembaga atau majlis tersebut, maka Peguam Negara boleh mengisytiharkan percanggahan kepentingan dan tidak mengambil bahagian dalam penentuan perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat lembaga atau majlis tersebut," katanya menerusi jawapan bertulis.
 
Nancy dalam pada itu menjelaskan pelantikan mana-mana individu dalam Tabung Haji, MAIWP dan PTPTN diperuntukkan dalam undang-undang Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Persekutuan 1993 (Akta 505) dan Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566).
 
Untuk rekod, Apandi dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji berkuatkuasa 15 Januari lalu.
 
 

Tiada ulasan: