HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 Mac 2016

Pemilik asal banglo mengaku tak semak harga pasaran

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
GEORGETOWN: Pemilik asal banglo Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, di sini, mendedahkan tidak menyelidik harga pasaran sebelum menjual rumah berkenaan.
 
Wanita dikenali sebagai Phang Li Koon itu dalam Akuan Bersumpahnya bertarikh 22 Mac (hari ini) berkata, beliau adalah kawan karib kepada isteri Guan Eng, Betty Chew sejak 2008. 
 
Katanya, beliau membuat keputusan menjual rumah yang dibelinya pada 2008 kerana ia menimbulkan pelbagai publisiti dan tuduhan dari semasa ke semasa.
 
"Saya tidak menyelidik pasaran apabila saya membuat keputusan untuk menjualnya kepada Ketua Menteri pada 2015 kerana saya rasa tidak perlu berbuat demikian.
 
"Saya sudah mempunyai Ketua Menteri sebagai pembeli dan sudah ada satu persetujuan kepada perjanjian berhubung harga jualan RM2.8 juta yang dipersetujui pada 23 Jun 2014," katanya.
 
Akuan Bersumpah Li Koon dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh di KOMTAR di sini, tengah hari tadi. Li Koon bagaimanapun tidak hadir.
 
 

Tiada ulasan: