Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
PUTRAJAYA: Tidak seperti kebiasaan seperti tahun-tahun sebelum ini,
Himpunan Solidariti untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas kelihatan
hambar apabila kurang dari 200 penyokong Ketua Umum PKR itu hadir di
Istana Kehakiman, pagi ini.
Sehingga jam 9.30 pagi ini, beberapa pemimpin PKR berucap di hadapan
penyokong Anwar, mengimbas bagaimana ketua parti itu menjadi mangsa
kekejaman kerajaan yang diperintah Umno-Barisan Nasional (BN).
Mahkamah Persekutuan hari ini akan membuat keputusan semakan kehakiman
Anwar selepas beliau mencabar sabitan kesalahan serta hukuman penjara ke
atasnya berikutan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful
Bukhari Azlan.
Anwar kini menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas Mahkamah
Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan
pada Mac 2014.
Pada Oktober lalu, lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar
Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menangguhkan penghakiman
setelah mendengar hujah peguam Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Ketua
Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara Datuk Ahmad
Kamal Md Shahid, yang mengetuai pasukan pendakwaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan