HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 April 2017

1 April bukan setakat "Aprilfool' tetapi ulang tahun cukai yang dipaksa

 MALAYSIA DATELINE

GST memang menjengkelkan rakyat kerana ia menjadi punca kepada kenaikan segala harga barangan, kata Izham.GST memang menjengkelkan rakyat kerana ia menjadi punca kepada kenaikan segala harga barangan, kata Izham.


Semalam 1 April adalah 'Aprilfool' bagi sesetengah pihak namun bagi rakyat Malaysia ia adalah hari ulang tahun kedua pelaksanaan cukai paling ganas, GST.

Bagi Amanah, pada 1 April semalam, seluruh rakyat menyambut ulangtahun ke-2 kutipan GST yang dipaksakan ke atas rakyat sejak 1hb April 2015 dengan penuh rasa pilu.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkaa, janji kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat hanya tinggal janji yang tidak tertunai.

"Bayaran hospital meningkat, peruntukan untuk IPTA dipotong, pinjaman PTPTN untuk pelajar dikurangkan, bilik darjah sesak, dan peluang pekerjaan turut menguncup.

"Rakyat terus sengsara. Apa yang rakyat dapat dari kutipan GST hanyalah beban kenaikan harga barang," kata beliau dalam satu kenyataan.

Bagi beliau, rakyat juga merasa tertipu walaupun kutipan GST telah dilaksanakan dengan mengorbankan keringat dan air mata rakyat, kedudukan kewangan kerajaan tidak bertambah baik.

"Hutang luar kerajaan sudah menghampiri nilai trilion ringgit dan sudah jauh melangkaui had yang dibenarkan oleh undang-undang negara iaitu 55% dari KDNK," katanya.

Lapuran Bank Negara menyebut hutang luar kerajaan pada tahun 2016 meningkat 9% iaitu bersamaan 73.4% dari KDNK.

Beban besar ini akan terus diwariskan kepada beberapa generasi rakyat kita akan akan datang, kata Izham.
Sehubungan dengan itu, bagi membetulkan keadaan, katanya, rakyat mesti berazam untuk membetulkan kepincangan kerajaan BN ini dengan menukar pentadbiran di Putrajaya di dalam pilihan raya umum akan datang, dan menggantikannya dengan kerajaan Pakatan Harapan.

Tiada ulasan: