shahbudindotcom
Hari
ini, 1 April merupakan hari ulangtahun kelahiran GST. Sejak
diperkenalkan pada 1 April 2015, usianya kini sudah pun menjangkau dua
tahun tanpa kita sedari sudah berapa ia mencekik kehidupan kita.
Jika seorang bayi, ia tentunya sudah menjadi budak sekarang ini. Tentunya juga sudah boleh berjalan dan berlari-lari.
Tetapi, apa kesannya GST kepada kita semua sepanjang dua tahun ini?
Tanpa
ragu-ragu, GST adalah beban yang menyusahkan kehidupan semua. Ada
pegawai tinggi kerajaan pernah berkata, GST hanya untuk orang kaya dan
tidak sesekali melibatkan orang miskin.
Seorang timbalan menteri yang tidak perlu disebutkan namanya pula berkata, harga barang akan turun kerana GST.
Perghhhh...terkedu kita semua dibuatnya!!
Setelah
dua tahun, kini kita semakin sedar semua itu adalah penipuan paling
dahsyat daripada pemimpin kepada rakyat di sebuah negara yang merdeka.
Tidak
pernah di mana-mana dunia, waima di Zimbabwe atau hujung Afrika sekali
pun, penipuan dan pembohongan seperti itu sampai hati dilakukan oleh
pemimpin kepada rakyatnya.
Setelah
dua tahun dicekik GST, cuba kita fikir, di sebalik harga barang tidak
pernah turun dan orang miskin terus menjadi mangsa, sudah berapa banyak
wang kita disedut kerananya?
Sanggupkah kita terus dicekik lagi?
Akhirnya,
jika tidak mahu terus sengsara, Tun Mahathir Mohamad pernah melafaz
kata, kerajaan baru yang akan menggantikan UMNO dan BN nanti akan
menghapuskan GST secara berperingkat-peringkat untuk keselesaan kita.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan