ANTARAPOS.COM
KOTA BHARU: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa dibenarkan keluar
dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini
hari ini untuk menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara
(IJN) Kuala Lumpur.
Pegawai khasnya Mohd Fadhil Yusof berkata Annuar menaiki penerbangan
MAS ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada
12.55 tengah hari.
"Annuar ke IJN kerana beliau mahu mendapatkan rawatan susulan daripada
seorang doktor peribadinya yang sebelum ini pernah merawat beliau,"
katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Fadhil berkata keadaan kesihatan Annuar semakin pulih dan beliau sudah boleh berjalan perlahan-lahan.
Sabtu lepas Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh dikejarkan ke HUSM
selepas mengadu pening, sakit dada dan mengalami muntah-muntah pada 6.15
pagi hari sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan