ANTARAPOS.COM
PULAU PINANG: Seorang pemegang amanah di Yayasan Bumiputra Pulau Pinang
Berhad, bergelar ‘Datuk’ yang direman hujung bulan lalu oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan dengan jaminan
RM100 000 hari ini.
Perintah itu dikeluarkan Penolong Pendaftaran Tertinggi Mahkamah
Majistret, Ahmad Tajudin Zain yang turut menetapkan dua penjamin bagi
kes berkenaan.
Pada Khamis lepas, lelaki berusia 70 tahun itu yang juga Pengerusi
Penang Port Sdn. Bhd. menyerah diri di ibu pejabat SPRM negeri dan
disiasat mengikt Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana menggunakan jawatan
atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.
Menurut jurucakap SPRM, suspek dipercayai menjual tanah milik anak
syarikat berkenaan di negeri ini termasuk membuat keputusan sendiri
tanpa melalui persetujuan Ahli Lembaga Pengarah lain.
Ketika ini, suspek masih berada di ibu pejabat SPRM menunggu wang jaminan dibayar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan