Setelah begitu teruk diserang berkenaan tanah di Peel Avenue, secara tiba-tiba Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang dari sudut lain pula.
Terbaru, penglibatan beliau dalam 20 buah GLC selain menjadi Exco bagi Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah dan Exco Penerangan Kebudayaan Kesenian Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam selain daripada jawatan beliau selaku Ketua Menteri, ADUN Air Putih Dalam, Ahli Parlimen Bagan dan Ketua Menteri Incorporated dipersoalkan oleh ramai musuh politiknya.
Umum sedia maklum bahawa CM Lim seorang yang cukup aktif memandangkan beliau seorang ketua Menteri yang muda serta proaktif. Justeru, tidak hairanlah apabila banyak pihak memberikan kepercayaan terhadap beliau mengetuai 20 buah GLC di Pulau Pinang.
Melihat kepada kemampuannya menangani 20 buah GLC ini, ia jelas menampakkan bahawa beliau seorang yang cukup telus serta memegang kukuh intergriti dalam kepimpinan.
Segala tohmahan yang dilemparkan keatas beliau sebenarnya adalah untuk melemahkan beliau selain daripada cuba mengganggu gugat kestabilan dan kekukuhan ekonomi di Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan