HALAMAN SANTAI

Sabtu, 3 Jun 2017

Mahathir Masih Kuat Jadi PM, Lebih Cekap Dari Najib

Suara Kebenaran




Sekalipun kenyataan Tun Mahathir semalam yang membayangkan keinginan beliau untuk kembali menjadi Perdana Menteri mendapat kecaman banyak pihak, berlainan pulak dengan pimpinan parti Amanah.

Beberapa orang pimpinan parti Amanah yang kami dihubungi menyambut baik kemungkinan itu sambil menyifatkan Tun Mahathir memang orang yang layak untuk memikul tangungjawab tersebut memandangkan beliau pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun!!

Justeru sangat faham dengan selok belok pentadbiran negara, pengurusan kewangan dan ekonomi serta hal-hal lain yang berkaitan.

Sebilangan dari mereka turut berpandangan, Tun Mahathir masih kuat untuk menjadi Perdana Menteri malah kalau diikut kepada aktiviti beliau dalam mempromosikan Bersatu hari ini, boleh dikatakan Tun Mahathir 10 tahun lebih muda dari Najib apabila hampir setiap hari turun berceramah di merata tempat.

Tak padan dengan usianya yang mencecah 93 tahun!!

Begitupun rata-rata menyifatkan, Tun Mahathir hanya layak menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan sekiranya Datuk Sri Anwar telah tiada atau tidak sihat untuk memikul tanggungjawab tersebut sahaja.

Tiada ulasan: