OLEH DATO’ DR MUJAHID YUSOF RAWA
Pendedahan Sarawak Reports bahawa Perdana Menteri, Datuk Sri Najib
Tun Razak telah menyalurkan sejumlah RM9.5 juta ke akaun peguam kanan
Tan Sri Shafee Abdullah sebelum kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim
dibicarakan amat mengejutkan semua pihak.
Saya melihat budaya ‘zipped-mouth’ telah menjadi budaya politik Najib
dan UMNO, mana-mana kes yang melibatkan rasuah dan salah gunakuasa
mereka, mereka akan senyap seribu bahasa.
Bayaran jutaan ringgit tersebut menimbulkan pelbagai persepsi negatif
terhadap integriti pihak Pendakwaan dan kebebasan badan Kehakiman
kerana Tan Sri Shafee adalah peguam yang dilantik Peguam Negara
terdahulu bagi mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan pertuduhan
liwat 2.0 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana beliau telah
disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 5 tahun.
Isu yang sebegini serius harus disiasat pihak Polis kerana Tan Sri
Shafee mempunyai percanggahan kepentingan dalam kes tersebut dan ia
menimbulkan spekulasi negatif kerana dibimbangi boleh mencemar ketelusan
dan keadilan
keputusan rayuan tersebut.
Saya pada bersetuju dengan Faiz Fadzil bahawa Bar Council perlu
mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Tan Sri Shafee berhubung dakwaan
ini bagi membersihkan nama baik profesion ulung ini.
Menjunjung prinsip
bahawa keadilan perlu dilihat dilaksanakan, peluang untuk Tan Sri Shafee
untuk memberikan penjelasan yang positif dan konkrit harus diberikan.
Bukti
bertulis yang didedahkan Peguam Negara pada 27 Januari 2016 bahawa
Perdana Menteri telah menerima wang daripada SRC International adalah
kes prima facie wujudnya salahlaku jenayah pecah amanah oleh Perdana
Menteri.
Sewajarnya pihak Polis, SPRM dan Peguam Negara mengambil langkah
segera agar siasatan dapat dijalankan di bawah pelbagai undang-undang
jenayah termasuk Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001
terhadap semua individu atau organisasi yang telah dibayar oleh Perdana
Menteri daripada wang SRC ini.
Jika siasatan tidak dibuat dengan segera, maka keyakinan rakyat
terhadap badan-badan semak-imbang ini akan tersu terhakis, kredibiliti
Malaysia juga akan terhakis. Bertindak segera atas laporan SR.
*Dr Mujahid adalah Ahli Parlimen Parit Buntar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan