MALAYSIA GAZETTE
JOHOR BAHRU – Enam orang awam termasuk seorang kakitangan institusi kewangan berjawatan sale advisor
ditahan kerana meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM50,000
sebagai balasan menguruskan pinjaman peribadi seorang guru lelaki.
Mereka berusia antara 29 hingga 33 tahun itu ditahan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor di beberapa kawasan di
bandar raya ini (Johor Bahru dan Permas Jaya) dan di Rompin, Pahang pada
kelmarin dan semalam.
Empat suspek termasuk seorang wanita ditahan di sekitar Rompin,
Pahang dan Permas Jaya, Johor Bahru pada 8 Ogos dan kini direman selama
tujuh hari sehingga 15 Ogos ini.
Selain itu, dua wanita turut ditahan semalam di sebuah rumah di
Permas Jaya yang mana salah seorang daripadanya bertugas sebagai sale advisor di sebuah institusi kewangan di Skudai Johor. Mereka turut direman selama lima hari bermula hari ini.
Hasil siasatan awal mendapati suspek telah terlibat meminta wang
rasuah sebagai balasan menguruskan pinjaman peribadi yang melibatkan
jumlah RM190,000.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang
memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau lima kali ganda
nilai suapan, mengikut mana yang lebih tinggi.
Pengarah SPRM Negeri Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Beliau berkata, kes itu dipercayai dijalankan dan secara berkumpulan
dan bersindiket sekali gus menyeru mana-mana orang yang pernah terlibat
dalam kes seumpama itu tampil memberi maklumat kepada SPRM. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan