KUALA LUMPUR: Ketua Polis
Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar diminta bersikap profesional menyiasat
dalang kekecohan forum Nothing to Hide 2.0 baru-baru ini dan bukan
menyalahkan pihak penganjur sebelum siasatan selesai.
Gesaan ini dibuat Ketua Sosialis Muda DAPSY, Wong Kah Woh dalam sidang media sebentar tadi di Ibu Pejabat DAP Kebangsaan.
Beliau menjawab soalan media ekoran
kenyataan Khalid sebelum ini yang berkata penganjur akan dikena tindakan
undang-undang kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Akta
Perhimpunan Aman (APA) 2012.
“Sebelum Ketua Polis buat apa-apa kesimpulan, beliau bolehlah merujuk kepada video yang dirakam sewaktu insiden tercetus.
“Jangan salahkan siapa-siapa sebelum siasatan selesai. Adalah tanggungjawab polis untuk pastikan program berjalan lancar.
“Polis perlu siasat mereka yang
memulakan kekecohan dan jangan menuding jari kepada penganjur untuk alih
perhatian,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Canning.
Terlebih dahulu, beliau mewakili
DAPSY merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua unit
keselamatan Pakatan Harapan (HARAPAN) daripada Unit Tindak DAP, ARIF
(AMANAH), Squad AMK dan Pemuda ARMADA yang berjaya menjalankan tugas
dengan baik.
Saksi anggota Unit Tindak DAP, Daniel Low (kiri) dan Ketua Unit Tindak bertugas, Lee Fu Haw
Dalam perkara berkaitan, Presiden Kesatuan Antarabangsa Sosialis Muda (IUSY), Howard Lee mengingatkan bahawa ketua polis negara tidak mempunyai kuasa untuk ‘menjadi hakim’ dengan menyalahkan mana-mana pihak.
“Kerja beliau ialah siasat, bukan jadi hakim. Atas dasar apa beliau dakwa penganjur bersalah?
“Saya nak bawa contoh; misalnya ada
keganasan berlaku di negara kita, mana boleh kita salahkan dia (polis)
bersalah. Jika tak sudi buat kerja, biar orang lain buat,” katanya
yangjuga Adun Pasir Pinji.
Katanya, beliau bersama salah seorang
saksi anggota Unit Tindak Daniel Low telahpun memberi kerjasama penuh
kepada polis dalam siasatan yang dijalankan.
Beliau turut mengecam cubaan pihak
tertentu yang cuba menyalahkan pihak penganjur dengan memberi gambaran
palsu terhadap insiden tersebut.
Politik samseng semakin menjadi-jadi
Menzahirkan kekecewaannya, Ketua Unit Tindak DAP, Eddie Ng berkata budaya politik samseng di negara ini semakin berleluasa.
“Sebab itulah kita tubuhkan Unit
Tindak DAP untuk atasi budaya politik samseng sebegini. Kami takkan
berganjak apabila berdepan dengan samseng,” tegas Adun Balakong itu.
Menurutnya, keselamatan hadirin yang terdiri dari orang awam perlu diutamakan dalam apa juga program yang dianjurkan.
Ketua Unit Tindak DAP yang bertugas
Lee Fu Haw berkata, 40 anggota telah ditempatkan sepanjang ancara
berlangsung dan dibahagian di luar dan di dalam dewan.
“Semasa soalan-soalan (berbentuk
provokasi ditanyakan), kita sudah maklumkan untuk jaga-jaga. Saya
panggil Unit Tindak masuk dalam dewan (untuk kawal keselamatan),”
katanya lagi.
Hadir sama dalam sidang media itu
ialah Setiausaha DAPSY Kebangsaan Bryan Lai; Penolong Setiausaha
Organisasi DAPSY, Edmund Teoh; AJK DAPSY, Dyana Sofya; Bendahari DAPSY
Selangor, Shakir Ameer dan beberapa anggota Unit Tindak. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan