Bulan
lepas PAS Kedah mengumumkan untuk bertanding semua kerusi DUN dan
Parlimen negeri ini selepas pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat
telah berkubur selain tindakan PKR yang sering membelakangkan tahaluf
siyasi sewaktu bersama PAS.
Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi menafikan dakwaan kononnya parti itu akan bekerjasama dengan blok pembangkang lain atau pun UMNO dalam menghadapi PRU14.
"Sehingga ke saat ini, PAS Kedah bersedia untuk bertanding semua kerusi DUN dan Parlimen namun ia terpulang kepada kata putus PAS Pusat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
"Ia sebagai usaha untuk mengelirukan ahli-ahli PAS serta menghakis kepercayaan ahli kepada kepimpinan parti," katanya.
Ahmad Fakhrudin berkata keputusan parti itu untuk tidak mempunyai hubungan politik dengan mana-mana parti dalam BN mahupun PH adalah selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS.
Katanya sebagai contoh tidak mungkin PAS akan bekerjasama dengan PH yang ini sedang dibelenggu dengan pelbagai masalah..
Bulan lepas PAS Kedah mengumumkan untuk bertanding semua kerusi DUN dan Parlimen negeri ini selepas pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur selain tindakan PKR yang sering membelakangkan tahaluf siyasi sewaktu bersama PAS.
Pada PRU13, PAS Kedah bertanding 24 kerusi DUN sementara DAP bertanding dua kerusi DUN dan PKR 10PAS menang sembilan kerusi dalam PRU13, bagaimanapun parti itu hilang satu kerusi setelah wakil rakyat Pengkalan Kundur, Datuk Phahrolrazi Zawawi menyertai Amanah. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan