BERHUBUNG kehadiran Tuan Haji Omar bin Hasan, Yang
Dipertua PAS Permatang Pauh di dalam majlis bersama Perdana Menteri yang
ditular oleh musuh-musuh politik PAS pada hari ini, menyerlahkan
ketidakmatangan mereka di dalam berpolitik.
Kehadiran beliau ke majlis tersebut dijemput secara rasmi oleh Majlis
Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan beliau sebagai Pengerusi Masjid
Jamek Seberang Jaya dipilih untuk mewakili Pengerusi di 28 buah masjid
yang lain di dalam Parlimen Permatang Pauh untuk menerima sumbangan
berupa komputer riba dan kewangan untuk kegunaan pentadbiran masjid.
Peluang ini juga diambil kesempatan oleh beliau meyuarakan
permasaalahan umat islam dan orang Melayu di Pulau Pinang kepada Perdana
Menteri.
Kehadiran beliau ke majlis tersebut telahpun dimaklumkan terlebih
dahulu kepada AJK PAS Permatang Pauh, dan telah dipersetujui oleh semua
AJK Dewan Harian.
Beliau juga sebelum ini pernah hadir di dalam beberapa program
kerajaan negeri atas kepasiti beliau sebagai Pengerusi Masjid Jamek
Seberang Jaya, dan ini tidak menjadi isu bagi PAS kerana memahami
kedudukan beliau sebagai pengerusi masjid yang mewakili anak kariah di
Seberang Jaya yang bermacam fahaman politik.
PAS yang mengambil sikap Budaya Politik Matang Dan Sejahtera melihat
isu ini sebagai politik terdesak musuh-musuh PAS yang semakin gerun
dengan Politik Matang Dan Sejahtera.
PAS Permatang Pauh kekal konsisten untuk menentang segala kerosakan
dan kemungkaran yang dilakukan oleh Umno, Barisan Nasional dan juga
kerosakan yang dilakukan oleh Kerajaan DAP, Pakatan Harapan pada Pilihan
raya Umum ke-14 nanti.
Berpolitiklah secara matang dan bukan budaya politik fitnah yang menjuruskan diri ke lembah kebinasaan.
"Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan
pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak
menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh
Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan
kerosakan yang besar." (Al-Quran: Surah Al-Anfal – Ayat 73 HARAKAHDAILY
"Sejahtera Bersama Islam"
#PasTawanPermatangPauh
*Jamsari Samad,Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan