Dzulkifli lima kiri turut melaungkan ikrar bebas rasuah bersama NGO dan PIBG di sini hari ini.
KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM mengesahkan pihaknya telah membuat serbuan kepada kediaman Tan Sri Isa Samad di Selangor malam ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata serbuan tersebut dilakukan terhadap kediaman bekas Pengerusi Felda Global Ventures Bhd itu sebagai satu serbuan biasa sebagai susulan penahanan seseorang itu.
"Semakan dilakukan di kawasan kediaman beliau bagi menjalankan semakan terhadap dokumen yang di simpan dalam rumah beliau.
"Esok kita akan buat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Badan Bukan Kerajaan dan PIBG Kelantan di Institut Latihan Perindustrian, Pengkalan Chepa.
Ditanya sama ada akan ada tangkapan susulan termasuk turut menahan isteri Isa Samad, beliau enggan mengulas lanjut.
Akhbar hari ini melaporkan,SPRM menahan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Behad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Sementara itu, ketika mengulas mengenai, rayuan berhubung pembatalan reman ke atas EXCO Pulau Pinang Phee Boon Poh bersama pengarah dan pengurus kilang haram, Dzulkifli berkata, Pejabat Peguam Negara sudah bersetuju untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan itu sama ada esok atau lusa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan