PROSES pembubaran,
penggantian dan penyusunan semula mana-mana organisasi Kerajaan Negeri
yang ditubuhkan berpaksikan lantikan politik seperti ATRA, TTB, UKOM dan
JKKK adalah amalan biasa bila sesebuah kerajaan bertukar teraju. Tak
ada apa yang perlu dipertikaikan.
Tentunya kerajaan baru akan membuat
penyusunan semula supaya agensi-agensi di bawah kerajaan baru ini mampu
menjadi penyampai Misi dan Visi pemerintahan baru kepada rakyat.
Walaupun begitu pertimbangan kemanusiaan
diambil kira. Kerana itulah lantikan politik kontrak, sementara dan ad
hoc agensi-agensi seperti ATRA hanya akan ditamatkan pada 30 Jun
mengambil kira persiapan Ramadan dan raya mereka walau sebenarnya tidak
ada peraturan yang menghalang untuk mereka ditamatkan lebih awal.
Mereka pun sudah tak berfungsi lagi
sebenarnya. Inilah yang diistilahkan penggantian dan penamatan dilakukan
dengan tertib termasuk diteliti syarat-syarat kontrak mereka. Kita
bukan bertindak secara semberono.
Kakitangan tetap Kerajaan Negeri tak ada yang ditamatkan. Hanya kakitangan sementara, ad hoc dan kontrak sahaja yang terlibat.
JKKK sendiri sebenarnya sudah tak
berfungsi dari tarikh pengumuman keputusan PRU14 lagi. Mereka sendiri
sedia maklum bahawa khidmat mereka akan ditamatkan. Tak ada apa-apa
kesan negatif dalam masyarakat kampung yang berlaku apabila nanti JKKK
akan dibuat lantikan baru. Ini adalah proses biasa saja.
YB DR AZMAN IBRAHIM ,
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan